Resepi Pau Cendawan Viral


Bulan puasa ni benda yang biasa orang viral kat media sosial tentang makanan terutamanya makanan di Bazaar. Dengan kes makanan basi, makanan tak cukup sempurna dan tak lupa makanan yang sedap. Kalau viralkan makanan cukup sedap tu okaylah kan. Tentang peniaga yang menjual makanan basi dan makanan yang tak sukup sifat tu, doakan mereka cukup insaf nak berniaga secara jujur. Bulan puasa ni macam-macam boleh jadi tak berkecuali fitnah yang berleluasa di media sosial. Orang zaman sekarang pantang silap sikit, terus nak viral kan. Menakutkan!

Sejak minggu lepas rasanya dah mula viral tentang pau cendawan yang terlajak laris tu di Bazaar Ramadhan Putrajaya kalau tak silap. Ada yang berkongsi gambar pembeli sanggup beratur panjang semata-mata nak beli pau cendawan ni. Dia punya beratur panjang macam tak sanggup nak beratur kalau nak beli pun. Sedap sangat ke? Tu kena tanya mereka yang dah cuba rasa. Tapi yelah kan, rasa tekak masing-masing lain. Ada yang suka, ada yang tak. Kalau tak sedap, tak kanlah ramai yang beratur setiap hari untuk beli pau cendawan tu.



Nampak menyelerakan betul pau cendawan ni. Memang sebiji rupa cendawan sebab tu lah namanya 'pau cendawan'. Siapalah punya idea yang kreatif ni, terus jadi viral. Pada Fiza, kalau pau sedap tu mestilah pau dia gebu dan lembut. Kemudian, intinya pun kena sedap dan banyak. Barulah betul-betul yakin pau tu memang sedap.

Tak semua Bazaar Ramadhan ada pau cendawan ni. Jadinya, kalau nak cuba rasa tu buat je sendiri. Fiza pun ada terjumpa resepi pau cendawan viral kat facebook. Rajin sikit nak update kat blog dengan harapan ada kerajinan nak cuba buat juga nanti. 

RESEPI PAU CENDAWAN VIRAL

Bahan-bahan inti Pau Cendawan

2 bji bawang holand
1 tin cendawan butang
Isi ayam potong kecil
3 sudu butter utk tumis
2 cubit lada hitam yg serbuk
1/2 tin sup cendawan (tin kecil)
3 keping keju cheesedale
3 biji kentang parut
1biji carrot parut jugak
Satu sudu kecil serbuk ayam tumix

Cara-Cara 

1. Tumis bawang sampai layu,
2. Masukkan ayam tggu separuh masak
3. Lepas tu masukkan kentang dan carrot tggu sampai lembut
4. Dah lembut masukkan sup cendawan tadi...tggu sampai pekat sikit masukkan keju tadi
5. Taburkan lada hitam, serbuk tumix,gula dn sedikit garam....

Untuk bancuhan coklat

2 sudu serbuk coklat
2 sudu tepung beras
Tambah sedikit air untuk bancuh, bancuh macam korang bancuh water colour tu. Tak pekat sangat  dan tak cair sangat.

Untuk Doh

300grm tepung pau
Sedikit garam..(gaulkan 2 bahan ni)
Setengah paket yis mauripan
2 sudu bsr gula
2 sudu besar susu
1 sudu besar shortening
2 sudu besar susu pekat, 2 sudu besar gula kacau dalam setengah gelas air suam. Lepas tu masukkan serbuk yis dan tunggu 15 minit atau sampai yis kembang naik buih. Dah kembang yis masuk kan dalam tepung uli sekejap kemudian tambah shortening. Uli tepung sampai lembut, lepas tu rehat kan doh dalam 20 minit.
Dah rehat dan kembang tumbuk tumbuk sikit doh dan uli lagi sekejap. Bila doh dah lembut bahagikan doh kepada 10. Ambik sikit doh simpan untuk buat batang cendawan.
Doh yang korang bahagikan tadi boleh la isi dgn inti. Dah isi inti sapukan bahagian atas dengan coklat cair tadi dgn menggunakan berus. Tunggu 40 minit baru kukus.
Kukus dengn api besar selama 10minit dan penutup kukus tu balut dgn kain. Kukus batang pau yg telah digentel sekali. Bila dah masak buat lubang belakang pau, selepas itu celupkan batang pau dengan coklat cair tadi, baru masukkan batang cendawan dalam lubang bahagian bawah pau tu. Kemudian kukus lagi 5 minit dan siap untuk di makan.


Senang ke susah? Dah cuba baru tahu senang ke susah. Nak rasa pau cendawan, silalah buat sendiri.

Kredit foto dan resepi : mariyana nana

9 comments:

  1. baru dapat rasa sabtu lepas. hasben rajin beratur..

    ReplyDelete
  2. pernah beli kt festival makanan kt putrajaya jgk sblm ramadhan..erm,tak berapa blh msk tekak.hihi tp blhla nk try

    ReplyDelete
  3. kat putrajaya kan?
    hu hu x dpt la merasa, jauh bebeno tu fiza :(

    ReplyDelete
  4. tak terasa nak buat..tapi kalau nak buat boleh tengok blog ni sebagai rujukan

    ReplyDelete
  5. Hehehe viral.bulan poser baru ni..ramai yg update pasal pau cendawan..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.