Raya Ketiga : Family Gathering Warisan Kutik


Lagi satu aktiviti wajib setiap tahun menghadiri perjumpaan keluarga warisan kutik (sebelah mak) di Balairaya Kg. Tandong Segamat. Biasanya buat kat rumah waris je tapi tahun 2016 ni buat kat Balairaya je. Lebih senang kot nak uruskan. Raya ketiga tema sedondon kami kembali ke tema hari raya pertama, warna pink!
Warisan Kutik dah generasi ke 7 kot mengikut kiraan Fiza la dan Fiza generasi ke 4.
Kutik ada 6 orang anak, Esah, Adnan, Saabah, Sulaiman, Ariffin dan Ahmad. Yang masih hidup Ahmad bin Kutik merupakan generasi tertua yang masih hidup dalam Warisan Kutik. Fiza dalam waris Sulaiman. Sulaiman mempunyai 4 orang anak, Normah, Zainab @ Zawyah ( Mak Fiza), Badariah dan Maznah.

Untuk raya ketiga ni, keluarga adik-beradik yang ada Azhar, Azlin, Azlina, Azlinda dan Azhafizah. Sejak kahwin ni memang Fiza tak pernah missed lagi datang setiap tahun. Aktiviti perjumpaan sebelah mak ni lain sikit dari sebelah abah. Ada mesyuarat, bacaan Al-Quran, sukaneka dan jamuan makan.

Tahun ni ada aktiviti gubahan tuala. Untuk waris Sulaiman, Fiza ambil tugasan tu. Tapi bukan Fiza sorang la. Keluarga pun terlibat sama. Punyalah takde idea nak gubah tuala tu. Terfikir nak buat angsa macam kat hotel tu tapi kurang menjadi pulak takde ekor. Kira angsa cacat. Tapi kurang sempurna pun dapat nombor 1 tau!


Untuk pertandingan mengikat kain sampin, abang Fiza join tapi takde rezeki menang. 

untuk cabutan bertuah kakak Fiza sorang je dapat dalam keluarga kami. Untuk acara sukaneka, anak-anak buah Fiza tapau hadiah tu. Kemain gigih nak dapat nombor 1. Memandangkan perjumpaan kali ni hari jumaat. Makanya masa agak terhad dan majlis pun habis awal. Sebelum balik sempat  juga ambil gambar satu keluarga kami je. Itupun ada yang dah balik awal. Tak pernah nak cukup.




Sekian aktiviti raya ketiga Fiza. Semoga berjumpa lagi di perjumpaan keluarga tahun 2017.

5 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.