Sampai Juga Cheque Nuffnang Cashout Bulan Mei


Masa raya haritu dah dapat email cheque dari Nuffnang menandakan cheque dah keluar untuk di hantar dan dalam akaun nuffnang pun dah status 'sent'. Memang hati berbunga-bunga lah bila dapat duit memandangkan duit dah banyak juga habis untuk persiapan raya. Biasalah bila raya, bajet belanja tu agak terlebih sikit. Lepas raya kena menabung balik.

Tunggu punya tunggu, lepas balik cuti raya tak sampai lagi cheque. Risau pulak kalau tersangkut kat mana-mana. Nak trace pun tak boleh. In case tak sampai, nak report kat Nuffnang pun bukan senang nak keluarkan semula cheque tu kan. Silap-silap tak dapat terus. Dah siap-siap redha kalau tak sampai maksudnya takde rezeki lah tu.

Bila dah terlupa pasal cheque tu, akhirnya sampai juga cheque nuffnang yang cashout bulan Mei hari tu. Alhamdulillah rezeki untuk Fiza masih ada. Dapatlah tebus kekecewaan yang seketika tu. Kalau yang belum sampai tu, sabar ye. Harap-harap cheque korang pun selamat sampai. Terima kasih Nuffnang. 


Bulan Julai ni baru 2 ketul CPUV dapat. Macam tak dapat cashout je untuk bulan ni. Takpe, tak dapat bulan ni, bulan depan. Tak dapat bulan depan, bulan berikutnya. Yang penting, ada tabung kan.

9 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.