Traffik Blog Bakal Menyusut Sempena Raya


Majoriti hari ni orang bandar dah mula balik kampung bercuti untuk meraikan hari raya beberapa hari lagi. Disebabkan raya hari raya Aidilfitri jatuh hari rabu dan budak-budak sekolah pun dah mula cuti bermula esok, jadinya ramai yang ambil cuti sambung cuti raya nanti kan? Tapi ada juga yang balik malam raya nanti.

Rasanya hari ni dah mula sunyi dunia blogger ni. Mesti mood raya lebih daripada mood nak menulis di blog. Betul tak? Kalau dah balik kampung pun, memang takdenya la nak hadap blog. Kalau kampung yang line slow tu memang buat sakit hati kalau nak update blog. Alah, kalau balik raya berkumpul adik beradik, sanak saudara tu memang menghabiskan masa dengan bersembang je la. Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai kan.

Sesekali kena juga tinggalkan dunia alam maya ni especially dunia blog yang memerlukan menulis karangan kononnya. Masing-masing rajin update instagram ataupun facebook. Mungkin ada juga yang rajin nak update blog. Kalau blog Fiza berupdate tu tandanya Fiza autopublish. Kalau balik kampung Fiza memang jarang nak live update sebab kalau dah balik kampung masa dihabiskan dengan aktiviti bersama keluarga. Nak pegang handphone pun kejap-kejap je.

Bila dah mula bercuti ni, sedia maklumlah bahawa traffik blog mesti menyusut  habis sampailah habis cuti raya nanti kan. Sekarang pun dah mula menyusut dah. Apa nak buat kalau traffik makin menyusut ni? Kalau tak nak traffik terus menjunam, kenalah rajin buat entri autopublish dan jadualkan ikut masa semasa cuti tu. Sekurang-kurangnya takde la sunyi terus blog tu tanpa update dan takdelah traffik menurun sangat. Kalau ada idea nak menulis dan buat jadual tu memang seronok. Tapi kalau takde idea tu, memang pasrah je la kalau traffik menurun. Lebih focus pada mood raya. cewahhh. Lepas balik cuti tengok traffik blog, dan dan tu juga rasa menyesal sikit. Sikit je. Lepas tu usaha balik naikkan traffik. Kan!

Yang dah mula bercuti, Fiza doakan semoga semuanya sampai ke destinasi dengan selamat dan selamat bercuti. Korang balik kampung kat mana?

6 comments:

  1. Heheh menyusut waktu raya tu boleh dimaafkan lagi. kalau menaik waktu raya tu yg pelik. tak raya ke. hahaha. Nanti lepas raya komfem naik balik. jgn sedih2 sis ><

    ReplyDelete
  2. Betul kak.. ena start esok, dah tak hadap blog apa semua.. nak perkemas apa yg patut.. yela lagi berapa hari nak raya dah..

    ReplyDelete
  3. sekarang pun dah sikit menyusut fiza..hehehe

    ReplyDelete
  4. betul tu. 2 entri sy semasa cuti raya x de org pun komen. huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. ya betul.. mmg trafik blog menyusut time cuti.. rajin update kat IG jer..

    ReplyDelete
  6. Hehehe sama la fiza..boog akk pon masa raya down laaa jugak

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.