DIY Sticker Label Transparent


Sebelum ni Fiza ada kongsikan DIY sticker label  juga tapi untuk entry ni DIY sticker label versi transparent pula. Tujuannya untuk melabel rempah ratus atau barang-barang yang ada dalam rumah untuk nampak lebih kemas dan semestinya cantik bila dah ada label sticker tu. Untuk tujuan yang lain pun boleh. Dah namanya sticker, boleh je lekat kat mana-mana pun.

Jadi, bila dah DIY ni boleh jimat sikit dari segi kewangan. Kalau nak jimat, sila buat sendiri ye. Kalau malas dan ada bajet lebih baik korang tempah je. Ini untuk mereka yang rajin sebab kalau malas tak jadi apa. Okay dah sedia nak cuba buat? Ikut je langkah-langkah Cara nak DIY Sticker label transparent ni.

Peralatan yang perlu ada : Software untuk design label (Microsoft Word pun boleh), Printer, Sellotape (transparent), Gunting, pensel, dan Air.

1. Mula-mula kena design sticker label dulu. Ini Fiza buat simple je sebab nak tunjuk kat korang. Nak buat bercorak ke, ada frame ke pun boleh.

2. Dah siap design, boleh print. Print atas kertas A4 putih yang biasa tu je


3. Lekatkan sellotape pada setiap label. Fiza guna sellotape size besar.

4. Pastikan sellotape cover semua tulisan dan ada jarak tepi-tepi. Tak perlu tekan sellotape kuat-kuat untuk ratakan (pastikan tiada ruang udara)

5. Kemudian ambil pensel dan tekan pensel ikut tulisan (ala-ala gores tu) untuk process melekatkan ink pada sellotape. Pastikan hanya ink sahaja korang tekan, jangan tekan bahagian putih sebab nanti sticker korang akan jadi frosted bukan transparent.

6. Dah siap proses tu, kemudian potong label ikut besar mana yang korang nak. 

7. Rupa sticker yang telah dipotong


8. Dah siap potong, terus rendam dalam air untuk process tanggalkan kertas putih tu. Lagi lama rendam lagi bagus sebab lebih senang nak tanggalkan nanti. Lebih kurang dalam 30 minit macam tu. 


9. Agak-agak rendam dah lama, tanggalkan kertas putih tu macam dalam gambar bawah ni.

Note : Kalau ada yang tak betul-betul tanggal, boleh gosok guna jari untuk hilangkan kesan putih tu. Gosok lembut je ye jangan sampai ink tu tanggal pula.


10. Dah siap bersihkan kertas putih tu, jadilah sticker label transparent. Masa ni gam dia dah kurang dah. Jadi lepas bersihkan terus lekatkan pada tempat yang nak dilekatkan tu. Kalau kurang lekat, letakkan gam yang sesuai.


Setakat yang Fiza buat melekat je. Inilah rupa selepas di lekatkan. Mudah je nak DIY Sticker label transparent ni kan. Bolehlah melabel barang-barang dapur dan rumah lepas ni. Yang penting, korang rajin, semua boleh jadi. 

19 comments:

  1. wahhh ajaib ni.. kene cuba.. thankz fiza.. :)

    ReplyDelete
  2. memang kena betul2 rajin baru boleh buat macam nih..

    ReplyDelete
  3. ohoo nice pija. dari tadi afzal dok cari pija guna kertas apa.rupanya kertas biasa je ye? kira rendam dalam air tu takkan tanggalkan dakwat dia tu ye?

    boleh cuba buat ni huhu. tq sharing pija :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kertas biasa je. sebelum rendam tu kena goreskan ink tulisan tu kat sellotape. dah habis gores baru rendam.

      Delete
  4. Menarik nie...
    Fiza,jemput join giveaway nieyl..
    http://seindahcerita.blogspot.my/2016/08/giveaway-friendship-by-seindahcerita.html

    ReplyDelete
  5. uih...bagus ni farah..thanks atas perkongsian..nanti nak try

    ReplyDelete
  6. wah fiza da buat ekk.
    aida ada nampak tuto ni kat timeline fb kot.
    wow terbaik lah :)

    ReplyDelete
  7. cari cara buat sticker jumpa blog azhafizah nanti nak try la tq sharing ya

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.