Semangat Bulan August



Hai Ogos! Kemain laju hari berlalu sampai dah masuk bulan Ogos dah. Syawal pun bakal berlalu beberapa hari je lagi. Memasing sibuk menghabiskan sisa-sisa syawal dengan buat open house berjemaah. Penghujung syawal ni la baru berkesempatan pergi open house semalam. Mahap ye kalau mana-mana majlis open house yang Fiza tak dapat pergi tu. Terima kasih sudi menjemput.

Bulan Julai semangat berblog agak kelaut sikit dan beri laluan pada kesibukan beraya. Jadi bulan Ogos ni, harap-harap ada semangat bulan Ogos. Almaklumlah bulan ni kan bulan kemerdekaan. Makanya kena ada semangat lebih.

Perancangan bulan Ogos masih belum ada tapi nak rancang sesuatu untuk 3rd year wedding anniversary pada 23 Ogos nanti. Moga ada masa, ada rezeki lebih dan ada kesempatan untuk hari bermakna itu.


Bulan Ogos, bulan merdeka mesti lebih ramai bersemangat patriotik. Sibuklah menghias dan menggantungkan bendera menyambut merdeka nanti. Tak ketinggalan, mesti banyak sale sana sini. Apa lagi, bulan untuk bershopping juga. 

6 comments:

  1. ingat nak tukar wajah blog jadi tema merdeka..tak tau tercapai ke tak..bhahaha

    ReplyDelete
  2. Lebih kurang la bulan julai jrg juga mengupdate blog.. Hope bulan ni mula rajin juga mengupdate blognye..

    ReplyDelete
  3. selamat menyambut bulan merdeka fizah ;)

    ReplyDelete
  4. salam anniversary kak fiza hehehe
    Semoga dimurahkan rezeki dan dipercepatkan segala2nya yg baik :D

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.