Cara-Cara Menjawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris


Sejujur-jujurnya Fiza sejenis manusia yang tak suka bab temuduga. Ada yang suka ke? Okay, kagum dengan orang tersebut. Anda memang hebat! Tak suka temuduga tu bukan sebab apa cuma cepat gelabah dan kadang-kadang takut lebih. Takut tak dapat nak jawab. Lagi-lagi sekarang ni temuduga kebanyakkannya dalam bahasa Inggeris. Kalau fluent English okaylah kan. Ini sangkut-sangkut juga. Kalau interview kerja kerajaan masih lagi mengekalkan bahasa melayu. Macamana cara-cara menjawab soalan temuduga dalam bahasa Inggeris dengan betul dan terbaik?

Kebetulan ada terjumpa di facebook, jadi Fiza kongsikan kat blog sebagai panduan untuk diri sendiri dan juga untuk calon-calon yang bakal di temuduga. Bila baca semula semua ni, rasa banyak je kesalahan yang di jawab masa temuduga dulu-dulu. Jadi, jangan lakukan kesalahan semasa temuduga ye.
Kredit foto : Google

1. Why do you want to work in this company? (Kenapa anda ingin bekerja di syarikat ini?)

JAWAPAN SALAH:
“Because I like to work here. I like this job. I love this industry”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
I’ve always loved administration (contoh bidang kerja yang dipohon) because I am an organized person. I like things to be organized and systematic. I work well under stress so I can handle any kind of task with minimal supervision.

2. Tell us about yourself/ Introduce yourself (Perkenalkan diri anda)

JAWAPAN YANG SALAH:
“My name is Carla. I was born in 22 September 1989 in Sarawak. My mother is a housewife and my father is a teacher. I graduated from UITM in 2013. I studied Business Administration. I have never worked before.”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“My name is Carla and I’m 26 years old. I have a degree in Business Administration. Although I haven’t had any working experience, I’ve spent my free time reading business articles and researching about latest business news just to keep me updated. I’m hoping to be given a chance to experience the real world of business”

3. What did you quit your last job? (Kenapa anda berhenti kerja anda sebelum ini?)

JAWAPAN SALAH:
“I quit because my last job was terrible. The workload was so heavy and the boss was so pushy. My previous boss was nightmare”

PERINGATAN: Majikan yang bakal mengambil anda bekerja ini mungkin bakal menjadi bekas majikan anda juga. Jadi, jangan tunjukkan yang anda suka memburukkan majikan.

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I loved my last job. It taught me so many things and my previous boss has always been helpful. But I quit because I want to experience new environment and broaden my horizon by working in a different company.”

4. Where do you see yourself in five years? (Apa yang anda lihat di dalam diri anda 5 tahun lagi?)

JAWAPAN SALAH:

“Relaxing in Maldives” atau “Being a boss in this company”


APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I hope to become very well-experienced in what I do and have a better understanding of my field

5. What’s your greatest weakness? (Apa kelemahan terbesar anda?)

JAWAPAN YANG SALAH:
“I tend to put things to the very last minute.”
PERINGATAN: Jangan hanya beritahu kelemahan anda. Tidak salah berlaku jujur tapi haruslah disokong dengan kelebihan anda.

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I tend to put things to the very last minute. But I work well under pressure and I personally think that pressure motivates me to work twice as hard and finish my work on time”

6. What salary are you looking for?

JAWAPAN YANG SALAH:
“I hope to get a suitable salary that would be able to support me, living in this economy and in this big city”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I hope to get a salary that is suitable with my qualification and job duties. I also want to be considered based on my working experience”

7. Why should I hire you?

JAWAPAN YANG SALAH:
“Because I’m the best candidate” atau “Because you’re hiring”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:

“I’m a team player, I work well under pressure, and I’m a people person. I can work with all kinds of people and am always willing to learn new things and tackle new challenges.”


Semoga perkongsian ni dapat membantu korang dalam temuduga nanti. Good Luck!

Sumber dari : Resepi Sedap

2 comments:

  1. nice sharing info. antara soalan2 yg mmg membunuh peluang kalau salah jawab.

    ReplyDelete
  2. Tips yg sgt berguna utk fresh grad mcm sy terutamanya. Thanks

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.