Pendakian Ke Puncak Gunung Datuk Yang Mencabar

Hari Sabtu lepas saya dan encik suami bercadang nak mendaki Gunung Datuk yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan. Dah lama tak mendaki, nak asah lututlah kononnya. 

Kali terakhir mendaki, mendaki Bukit Batu Chondong tu je yang tak berapa nak tinggi. Ini merupakan Gunung kedua saya cuba mendaki selepas Gunung Angsi

Encik suami kata, Gunung Datuk ni lagi mencabar daripada Gunung Angsi. Awal-awal trail je dah kena mendaki laluan pacak yang dipenuhi dengan akar-akar dan ada juga laluan tanah yang agak licin. Kena berhati-hati lebih. Pacak yang tak ada diskaun lansung!

Mula mendaki jam 8.++ pagi hampir jam 9 macam tu. Selepas meregangkan otot-otot terus mulakan pendakian. Setengah permulaan laluan pacak tu memang saya kurang stamina juga, banyak berhenti tapi macam biasalah kena gigih, kuatkan mental untuk sampai ke puncak. 

Kalau tidak, tak ada makna mendaki kalau tak sampai ke puncak tu. Hari tu memang ramai sangat yang mendaki dan ada juga yang berpatah balik selepas suku perjalanan. Budak-budak kecil mendaki pun seronok je tak nampak penat gayanya. Hebat betul ko dik!

Separuh lagi nak sampai ke puncak, laluan sedikit mudah ada mendatar dan ada pacak juga. Setelah berpuluh kali berhenti, akhirnya sampai ke puncak lebih kurang jam 12 tengahari. 

Betul-betul dah panas masa ni. Sampai atas rehat dulu memandangkan ramai orang dah sampai puncak, carilah ruang kosong untuk berehat sementara menunggu giliran nak naik ke puncak.

Gunung Datuk

Yang belum pernah hiking Gunung Datuk, nak naik ke puncak ni ada beberapa stage. Sebelum sampai ke puncak sebenar yang ada batu besar tu, ada kawasan luas untuk kem perkhemahan (untuk mereka yang nak bermalam). 

Lepas tu, naik atas sikit ada ruang sedikit luas (kat tempat ni s reayahat sekejap sementara tunggu giliran nak naik ke puncak). Minum air dan makan coklat dulu nak topup tenaga dengan cepat.

Tinggi Gunung Datuk 2900 kaki, 884 meter

Gunung Datuk

Selepas berehat sambil menunggu giliran, barulah naik ke puncak. Cabaran terakhir untuk sampai ke puncak agak mencabar sebab kena panjat batu tapi ada tangga disediakan. 

Nak naik turun tangga ni tak confident sebenarnya. Goyang-goyang dan takut tak kukuh. Kalau jatuh, memang jatuh ke bawah jawabnya. Jadi, kena hati-hati dan pegang tangga atau tali yang ada. 

Tangga pertama
Gunung Datuk

Tangga kedua dan terus sampai puncak
Gunung Datuk

Akhirnya sampai ke puncak yang paling puncak jam 1pm. Memang panas gila kat atas ni sebab batu je kan. Jadi tak sanggup nak stay lama. Lagipun tak boleh lama sebab ramai yang menunggu untuk naik. 

Kenalah snap dan amek gambar disetiap sudut yang ada cepat-cepat. Elok ke tidak gambar belakang cerita. Surburn dan cepat pening kalau panas-panas ni. Kena jaga kesihatan juga sebab perlukan tenaga untuk turun ke bawah juga.

Kawasan batu landai. Baring pun best ni!
Gunung Datuk

Wajiblah ambil gambar dengan papan tanda ni. Tanda dah sampai puncak!
Gunung Datuk

Permandangan yang cantik kat puncak ni.
Gunung Datuk

Batu yang kami bersandar ni batu paling tinggi kat puncak tapi kamiorang tak naik atas batu ni sebab susah nak naik. Tak pasal jatuh ke bawah nanti.

Gunung Datuk

Jadi, naik atas batu kedua tinggi je la. Cantiknya permandangan!
Gunung Datuk

Dah selesai ambil gambar semua. Mula turun jam 1 lebih. Setengah perjalanan turun berjalan dengan lancar cuma stop beberapa kali je sebab sakit kaki. 

Kemudian terserempak pulak dengan geng satu sekolah yang nak naik. Bagi semangat sikit kat dia sebab baru pertama kali hiking gunung. Sembang kejap lepas tu teruskan perjalanan turun.

Gunung Datuk

Dalam masa suku perjalanan ke bawah, lutut kaki kiri dah mula sakit-sakit. Dan bila lama-lama saya paksa berjalan akhirnya tewas. Nak luruskan dan bengkokkan kaki berjalan tu sakit sangat. Terpaksa berhenti banyak kali sebab tak tahan sakit. 

Nak menangis rasanya. Tapi tahan je. Berapa kali saya mengadu sakit kat encik suami. Encik suami nak call mintak bantuan pun saya tak bagi. Dia nak dukung pun saya taknak. Terpaksalah kuatkan semangat teruskan perjalanan. 

Gunung Datuk

Terpaksa buat jalan macam ketamlah, jalan macam itik lah asalkan boleh sampai kat bawah walaupun lambat. Husband carikan kayu untuk sokong kaki berjalan. Alhamdulillah, boleh berjalan laju sikit. Tapi tulah, banyak berhenti jugak.

Sementara berhenti, ada sorang pakcik ni kebetulan tengah turun dan tengok saya macam sakit je. Dia pun tanya saya sakit kaki ke? Terus dia offer panadol active fast untuk hilangkan sakit sikit. 

Pada mulanya taknak sebab saya ni jarang sangat makan panadol sebab biasa tak pernah berkesan. Tapi ambil je la, kotlah tetiba okay pulak kan. Air pulak masa tu tinggal sikit. Cukup-cukup untuk minum makan panadol tu. 

Lepas makan tu, tiada perubahan juga tapi tetap kena gigih bergerak walau hakikatnya hanya Allah je yang tahu betapa sakitnya lutut masa tu.

Jalan sikit-sikit akhirnya sampai bawah jam 5.00 Petang. Bayangkan dari jam 1.00 lebih dan sampai bawah jam 5.00 petang. Ambil masa 3jam lebih tu. Dengan cuaca panas dan kehausan memang mencabar sungguh pendakian kali ni. 

Tak pernah jadi macam ni bila turun daripada mendaki. Kena jadikan pengajaran untuk pendakian akan datang. Kena bawak air lebih. Pendakian kali ni bawak 2Liter air masak dan 500ml air isotonik je. 

Ingatkan macam cukup tapi tulah bila benda kebetulan nak jadi kan. Bersyukur sangat berjaya sampai ke bawah walaupun dalam keadaan sakit lutut. Masa ni terbayang dah teh ais bagai. Memang nikmat kalau dapat masa ni.

On the way balik tu terus singgah kedai beli air. 1 Liter air 100plus, 1 Liter air masak dan 1 kotak air teh bunga kekwa tu. Sekejap je habis air tu cuma air masak tak buka. Sampai rumah, mandi, solat dan rehat. 

Malamnya tengok lutut ada bengkak sikit. Paling sadis bila nak tidur tak selesa sebab tak boleh nak bergerak mengiring ke apa. Asal kaki bergerak sikit memang sakit. Bertabahlah wahai Fiza oiii. 

Pagi esoknya lutut masih dalam keadaan yang sama sakitnya. Risau pulak macam ni. Harap tak berterusan sakitnya. Hanya mampu bertahan. Nak urut tak pandai, takut lain jadinya. Sembahyang pun terpaksalah sembahyang duduk. 

Kalau duduk dan baring lama lagi sakit bila nak bergerak tu. Saya ambil keputusan taknak merehatkan kaki sangat, aktifkan sikit kaki berjalan sikit-sikit. Alhamdulillah malamnya kaki dah okay sikit nak berjalan.

Tak serik ke hiking? Mungkin tidak lah kot! Untuk pendakian Gunung Datuk ni rekod saya naik selama 3 jam dan turun 3jam lebih (sebab sakit kaki). Kalau mereka yang dah biasa hiking dan stamina kuat mungkin ambil masa 2 jam naik dan 1 jam turun.

Opss..sorry entry terpanjang kali ni. Rasa macam buat karangan sekolah pulak. Terima kasih sudi baca sampai habis.(kalau habis bacalah :p). Sayang awak ketat-keta. Eh, macam dah lama tak dengar ayat ni.

3 comments:

  1. moga cpt smbuh ya fiza.. risau gak jd gitu. apa pun smgt kena kuat kan!!

    ReplyDelete
  2. kalau sy mmg tak beranilah tgk korang amek gambar dekat puncak tuh pon dah ketar lutut.hehe

    ReplyDelete
  3. sy baca sampai habis :D yeay

    teringin sgt nak hiking kat gunung msia ni tp tak berkesempatan :D seronok baca pengalaman orang :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.