SmartCup CloudCup Membantu Mencukupkan Pengambilan Air Minuman Setiap Hari


Dalam sehari berapa banyak kuantiti air yang korang minum? Mesti ingat-ingat lupa. Sedia maklum dalam sehari kita perlu minum sekurang kurangnya 8 gelas sehari untuk menjaga kesihatan diri. Tapi tak semua orang perlu mengambil jumlah yang sama sebab ianya bergantung kepada keadaan dan kesihatan tubuh masing-masing. Air yang dimaksudkan adalah air mineral. Bukan air manis tu ye. Air mineral amat penting bagi mengekalkan tubuh yang sihat. Air mineral bukan hanya menghilangkan dahaga dan dehidrasi, namun dapat juga meneutralkan racun, membantu menurunkan berat badan, menjaga daya tubuh badan serta kulit dan banyak lagi.

Jika korang seorang yang suka membawa bekas minuman kemana saja untuk aktiviti seharian, korang boleh mencuba produk yang canggih dan terkini iaitu SMARTCUP CLOUDCUP Model WP2821. Smartcup ini dilengkapi dengan sensor dimana secara automatik ia dapat mengira jumlah air yang diminum sepanjang hari dan ianya dapat mencegah anda daripada dehidrasi. Bunyi macam menarik. Sesuai sangat untuk mereka yang kurang berdisiplin minum air masak dan sesuai juga untuk mereka yang tak suka minum air masak. Dengan adanya SmartCup CloudCup ni buat korang teruja nak cukupkan kuantiti air yang diminum tu dan secara tak lansung membantu mencukupkan pengambilan air minuman setiap hari.



SMARTCUP CLOUDCUP ini berkapasiti 420ml. Mempunyai 3 warna yang menarik iaitu Classic Black, Fashion Pink dan Tiffany Blue

Material di dalamnya adalah Steel 304 dan sudah pasti ianya tahan karat. Smartcup ini juga dibekalkan dengan penapis serbuk teh. Bahagian penutup smartcup ini nampak menarik kerana ianya direka menggunakan teknik khas 3D Printing dan yang paling penting smartcup ini bebas dari unsur kimia BPA (Bisphenol A) dan ianya amat mudah untuk dibasuh.




Bagi memantau kekerapan dan jumlah minuman setiap hari, Smartcup Cloudcup perlu disambung ke (connect via) aplikasi CloudCup menggunakan Bluetooth. Teknologi bluetooth yang digunakan adalah teknologi yang terkini iaitu Bluetooth 4.0. 


Teknologi bluetooth terkini ini hanya memakan jumlah kecil kuasa bateri telefon. Aplikasi ini juga boleh digunakan oleh pengguna iOS dan Android. Smartcup ini hanya menggunakan 2 biji bateri bersaiz AAA sahaja dan boleh bertahan lebih dari 4 bulan. 

Uniknya Smartcup ini, ia akan mengeluarkan bunyi Buzzer sekiranya dalam jangkaan beberapa jam pengguna tidak meminum air. Bukan itu saja, jumlah air yang diminum juga akan dicatat didalam aplikasi selama sebulan. Ini membantu pengguna untuk mengira purata pengambilan air. Smartcup ini juga boleh digunakan untuk menyimpan air panas. Bagi pengemar Teh Cina ianya amat bersesuaian. Serbuk teh hanya perlu diletak diatas penapis dan tuang air panas. Seronok bukan? Set smartcup ini dilengkapkan dengan beg kain yang elegen. Beg kain yang agak tebal ini membantu pengguna menjaga keadaan smartcup daripada tercalar dan rosak.



Bagi mereka yang berminat dan ingin nampak trendy produk ini amat bersesuaian untuk dibawa ke mana sahaja untuk pelbagai aktiviti.

Dengar cerita sekarang ini tengah harga promosi + diskaun (untuk mereka yang terawal). Jadi jangan ketinggalan. Dapatkan segera!!!


Harga Biasa RM199.90
Harga Promosi RM179.90
15% Diskaun utk 30 orang terawal RM152.90

#dapatkansegera
#smartcup
#diskaunhebat

Fanpage : https://m.facebook.com/smartcupmalaysia
Hotline : +6011 1079 4223

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.