Ar-Raudhah Suite & Hotel Penang


Dari Kuala Perlis, kamiorang terus gerak ke Penang check in di Ar-Raudhah Suite & Hotel yang baru booking malam tadinya. Tak plan pun sebenarnya nak tidur kat Penang ni. Bajet memang bercuti semalam je kat Langkawi tapi ter plan pulak nak bermalam di Penang. Family husband pun pernah bermalam kat sini juga masa bercuti dulu. Jadi, senang nak mencari hotel last minit ni. Nasib lah masih ada kosong lagi.


Room Description
Standard Apartment dilengkapi dengan fasiliti asas seperti sofa, meja, ruang tamu, dapur dan bilik mandi. Bilik mandi dilengkapi dengan pancuran mandian hujan. Terdiri daripada 3 buah bilik, setiap bilik mempunyai 2 katil di bilik besar serta berhawa dingin, 2 katil di bilik biasa beserta kipas dinding dan 1 katil di bilik kecil beserta kipas. Bilik penginapan jenis ini boleh memuatkan sehingga 5 orang dalam satu-satu masa. Perkhidmatan WiFi disediakan bagi membolehkan akses Internet secara percuma.
Disebabkan ada 6 orang, kami add on extra bed. Harga untuk satu malam sekali dengan extra bed RM210

Bilik Fiza dan husband. Opsss..tersepah sebab ambil sebelum check out. Memang tak sempat nak mengemas sangatlah kan.

Bilik abah mertua. 


Satu lagi bilik mak mertua dan adik ipar perempuan. Adik ipar lelaki tidur kat ruang tamu dengan tilam extra.

Dapur lengkap dengan kettle, peti ais, gelas dan cawan.

Bilik air dan toilet yang berasingan. Cuma kurang privasi je bahagian bilik air dan toilet ni sebab ada ruang kecil kecil kat dinding ni orang luar korridor boleh nampak sikit. Macam tak best sikit lah. So far okay je. Lagipun satu malam je tak lama mana stay sini. Harga pun kira okaylah dengan apa yang ada. Yang penting bersih dan selesa. 



Room Facilities
3 Bilik untuk 5 Orang
5 Katil Single
1 Penghawa Dingin (Bilik Master)
2 Kipas Dinding (Bilik Ke-2 & Ke-3)
Peti Sejuk
Kerusi & Sofa
Cermin
Karpet
Pemanas Air Bilik Mandi
Pancuran Mandian Hujan
Housekeeping Harian
WiFi Percuma di setiap bilik
1 Bilik Mandi
1 Tandas

Website : www.raudhahhotel.com
Contact : +6042624428 / +6042505570

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.