Kadar Harga Pos Laju Bermula 15 Oktober 2016


Satu berita yang agak tak best untuk peniaga-peniaga online di sebabkan kadar harga pos laju dah naik bermula 15 oktober 2016. Kalau sebelum ni naik harga disebabkan 6% GST tapi kali ni harganya naik dan termasuk sekali dengan 6% GST. Jadi, lepas ni peniaga kena naikkan juga harga pos laju disebabkan kenaikan harga ni. Tak boleh dah harga RM6 atau harga RM7. Sebab harga sekarang RM7.31.

Peringatan buat customer, customer kena faham dengan harga pos laju ni. Bukan suka-suka peniaga nak naikkan harga ye. Dan jangan ada yang mintak Free postage pula. Duit pos untuk perkhidmatan pos. Kalau tak bayar duit pos macamana barang nak di poskan. Peniaga pun nak kena bayar duit minyak untuk ke pejabat pos. Kalau bagi free postage, manalah nak untung berniaga tu. Lainlah kalau peniaga bermurah hati nak bagi free postage. Dengan kenaikan harga ni, harap juga perkhidmatan dan sistem pos laju dapat dinaik taraf juga. Barulah berbaloi dengan harga kenaikan tu.  

Sumber dari facebook

Harga kotak & sampul prabayar pos laju.

Sumber dari facebook
Notapink : Bertabahlah kita semua dengan kenaikan harga yang sentiasa naik tak turun-turun ni. Marilah bekerja lebih gigih

5 comments:

  1. ooo.. maknanya betul la seperti yang di ura-urakan ya. sabar je lah

    ReplyDelete
  2. habislaa nak shopping online camne hehe
    Singgah dari Senarai Rakan Blogger Di Facebook Mia
    Done follow
    jemput join
    https://mellyacrayola.blogspot.my/2016/10/segmen-jom-exchange-link-by-mellya.html

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum azha...yer la ada kadar baru rupa2nya...semuanya dah mula naik harga...:)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.