#kimchibykaklo Kimchi Halal dan Sedap

Yang sebenar-benarnya memang dah lama teringin nak makan kimchi sejak terjebak dengan pengaruh makanan korea dalam game show running man dan korean drama ni. Belek-belek resepi kat internet nampak mudah je tapi tak rajinlah nak mencari bahan yang bukan makanan malaysia ni. Nampak pulak ex-coursemate ada jual kimchi. Memang Fiza ambil peluang ni beli terus kat dia walaupun dia dah lama jual, sekaranglah baru rasa betul-betul nak rasa kimchi yang halal dan sedap tu. Kalau beli kat pasaraya tu agak susah juga nak cari yang halal kan dan belum tentu sedap.

Kimchibykaklo diberi nama untuk produk kimchi halal ni. Terdapat 3 perisa yang korang boleh pilih mengikut citarasa korang (Sweet & spicy, Hot & spicy dan Mild). Untuk pertama kali cuba kimchi ni, Fiza beli sebalang perisa hot & spicy dan sepeket sweet & spicy. Nak rasalah katakan sebab tak pernah makan kimchi!


Fiza ni sejenis yang susah nak membeli online kalau bab makanan ni takut rosak dan tak sedap. Tapi disebabkan tak boleh nak self pick up sebab jauh. Jadi, order je online sebab nak rasa punya pasal. Sampai je parcel, bukak parcel elok je makanan tu di pek dan tak pecah atau rosak. Dinasihatkan terus simpan dalam peti ais sebab lagi sedap makan sejuk dan tujuannya nak slowkan fermentasi.



Selepas beberapa hari beli tersimpan dalam peti ais sebab balik kampung. Jadi, lepas tu memang excited nak cuba rasa kimchi ni. Fiza bukak yang perasa hot & spicy dalam balang tu. Cubalah rasa dengan sudu, erghhh agak pelik rasa kimchi ni rupanya. Lebih kepada rasa masam. Ye lah kan, kimchi ni kan sayur kobis jeruk pedas.

Pada mulanya memang tak leh masuk tekak. Tapi lepas Fiza baca dari beberapa resepi memang rasa kimchi agak pelik di makan begitu je. Ke Fiza je rasa pelik? Jadi, kena campurkan dengan makanan lain (mee, nasi, bubur dan lain-lain) untuk lagi sedap ibarat perasa makanan lah kiranya. Fiza pun cubalah beberapa resepi menu kimchi ni. Untuk mereka yang memang betul-betul suka kimchi confirmlah suka dan boleh makan macam tu je. Untuk pengetahuan korang, setiap pembelian akan dapat satu flyers resepi menu kimchi yang boleh korang cuba buat.


Rasa mee  maggi di tambah dengan kimchi memang sedap. Rasa macam maggi tomyam je. Bolehlah buat lepas mengidam tomyam dengan adanya kimchi sedap ni. Lepas tu Fiza masak nasi goreng kimchi pulak. Rasanya sedikit unik sebab ada sikit rasa masam tu jadi nasi goreng kimchi yang pedas yang sedap! Tak rugilah beli sebab lepas nak nak masak apa semua nak kena tambah kimchi penyedap rasa. Lepas ni nak cuba masak bubur kimchi pula.

Sebenarnya dengan adanya kimchi ni sangat memudahkan kerja untuk mereka yang tak cukup masa nak masak sedap-sedap. Kalau masak nasi goreng kimchi ni nak lagi mudah, tumiskan kimchi yang dah dipotong-potong dan masukkan nasi. Tak perlu nak tambah garam dah sebab kimchi tu pun dah ada rasa. Cepat je siap nasi goreng kimchi korang tu. Tapi disebabkan tekak Fiza ni masih tekak orang melayu. Jadi bahan tumis tu Fiza campurkan kimchi dan masukkan nasi. Rasa dia sedikit unik ada masam pedas tapi sedap! Bau kimchi ni agak kuat tau dan merasa terasa kimchi nya! Kalau dah habis makan pun macam terasa-rasa lagi rasa kimchi tu. Apatah lagi sedawa..Opss..tutup mulut hokeh!

 Kelebihan @kimchibykaklo

✔️ 100% HALAL
✔️ Produk keluaran tempatan
✔️ Produk buatan Malaysia
✔️ Mendapat pengiktirafan maklumat nutrisi dari MARDI
✔️ Menggunakan bahan-bahan buatan/ dari Malaysia
✔️ Tiada pengawet digunakan
✔️ Harga yang berpatutan
✔️ Mempunyai 3 rasa mengikut tahap kepedasan anda
✔️ Bercitarasakan Malaysia
✔️ Boleh tahan lama sehingga 2 bulan (mengikut penyimpanan yang betul)
✔️ Sedap di makan sejuk
✔️ Didatangkan dalam 2 bentuk bungkusan untuk memudahkan penyimpanan
✔️ Pek/ botol yang boleh di simpan semula
✔️ Memudahkan suri bekerja / suri di rumah menyediakan makanan berkhasiat untuk keluarga tersayang
✔️ Sedap di makan dengan nasi putih, bubur nasi, di campurkan ke dalam maggi
✔️ Flyers dan resepi disertakan dalam setiap pembelian

Anda boleh mendapatkan @kimchibykaklo di:

HQ: (Self-pickup)

Blok D3, Apartmen Damai,
Jalan Tasik Raja Lumu U4/17,
Taman Subang Delima,
Seksyen U4, Subang Bestari,
40150 Shah Alam
Call/ SMS/ Whatsapp ke 012-725 0533

Harga KimchibyKakLo

Pek 250gm - RM8/ pek
Balang 500gm - RM16/balang

*tempahan 2 hari awal adalah digalakkan
*pembelian menggunakan pos hanya di HQ sahaja
*harga tidak termasuk pos
*self-pick up digalakkan

Untuk resepi menu kimchi, pembelian dan maklumat lanjut korang boleh terjah 
Fanpage : www.facebook.com/KimchibyKakLo
Instagram : www.instagram.com/kimchibykaklo

Kimchi ni sesuai untuk mereka yang sukakan makanan yang sedikit masam. Kalau dah biasa makan kimchi takde masalah. Kalau untuk pertama kali cuba kimchi lebih sedap di makan dengan menu masakan lain.

7 comments:

  1. Sedapnya tengok, jadi teringin pula,hihi

    ReplyDelete
  2. sedap ke kimchi ni? tak pernah rasa hehe

    ReplyDelete
  3. Tak pernah rasa lagi kimchi ni...
    Tengak macam sedap....
    Boleh try nih

    ReplyDelete
  4. tak pernah makan kimchi lagi..boleh try ni

    ReplyDelete
  5. pernah wat sendiri guna resepi di fb,,mula² makan camtu je pelik,,,pastu try makan dgn nasi goreng & mihun,,,wah....marveles,,superb sedap,,sesuai utk org yg citarasa yg suka pedas & masam ni..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.