Naik Feri dari Langkawi Ke Jeti Kuala Perlis

Dah settle pulangkan van semua tu, lepak kat Jeti Langkawi ni sementara tunggu Feri pukul 5:30 petang ke Kuala Perlis. Masa nak balik ni takdelah seramai masa nak pergi. Kerusi pun banyak kosong sementara menunggu. Perjalanan feri pun setengah jam sekali. Kira okaylah tu tak perlu nak tunggu lama sangat kan. 


Selepas pengumuman dibuat untuk penumpang naik feri, terus gerak naik feri. Sempat juga mengabadikan kenangan bergambar kat sini sebab tak ramai sangat kan.

Kali ni dapat naik feri kecil sikit dari feri masa pergi tu. 



Disebabkan feri ni kecil, agak sempit sikit dalam ni. Kurang selesa sikit tapi Alhamdulillah perjalanan tu singkat sikit dalam 1 jam je dah sampai. Cuak juga naik feri kecil ni. Laju dia kemain lagi melawan ombak dan angin tu. Rasa nak terbalik pulak. Nak tidur pun tak senang. Dah lah duduk tepi tingkap. Fuhhhh...dah sampai Jeti Kuala Perlis barulah lega. Seterusnya kamiorang teruskan perjalanan ke Penang pula. Sambung nanti okay! 

6 comments:

  1. Bestnya dapat pegi ke Langkawi, saya pun dalam perancangan jugak tapi tak tahu bila nak laksanakan..Ada orang cakap, sekarang nie kalu nak bawak kereta untuk ke Langkawi pun boleh, ada feri jugak macam feri penang tue.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tu memang boleh tapi agak costly..satu kereta je RM2 ratus lebih untuk bawak naik feri ke langkawi.

      Delete
  2. Bestnyer..tah bila nak sampai langkawi ni.tunggu tabung penuh dulu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.