Bayar Denda Lewat Renew SSM


Alamak! lewat renew Nombor Pendaftaran SSM gara-gara nak buat last minit kononnya tapi tak sempat buat pun memandangkan expired date hari ahad. Tapi hari jumaat tu tak sempat nak buat. Adudududu..Berhuhu sekejap. Confirmlah ni kena bayar denda walaupun lewat beberapa hari je. Tetap kena bayar denda juga. Inilah padahnya buat kerja last minit. Padan dengan muka sendiri kan.

Jadikan pengajaran ye. Tahun depan jangan renew last minit. Renew awal tak perlu nak gelabah lebih dan tak pasal-pasal kena bayar denda RM20. Walaupun orang kata RM20 tu sikit je tapi RM20 tu boleh beli macam-macam makanan tau untuk di masak. Err..fikir makan je kan. Ye lah, semua benda dah naik harga, kenalah beli makanan asas untuk masak sendiri untuk lebih jimat. Apapun lega sebab dah settle renew nombor pendaftaran SSM ni. 

Macam besar sangat je salah tu kan. Menakutkan betul baca surat macam ni dan bila tengok denda angka RM50, 000 tu!

Nak tak nak kena bayar jugalah denda RM20 tu. 


Nak renew kat pejabat SSM boleh je orang lain buatkan dengan bawak salinan fotostat IC pemilik yang daftar SSM. Tapi sekarang dah boleh bayar online je tapi kena daftar dulu kat website, kemudian aktifkan kat pejabat SSM. Lepas tu tahun berikutnya renew online je. Lagi mudah kan! Haruslah kena buat ni. Dan boleh juga menggunakan mesin di KL Sentral. Pun mudah!

http://ezbiz.ssm.com.my


7 comments:

  1. Uihhh lambt sikit pun kena denda jugak emm/ ;pasni kena alert lah kan :)

    ReplyDelete
  2. ala...bila dah lewat bayar,kena bayar lebih...rugi pulak kan

    ReplyDelete
  3. saya pun pena kena denda sbb lambat renew, dh brbulan expired bru renew, haha

    ReplyDelete
  4. SSM tiap bulan kena bayar ke setahun sekali?

    ReplyDelete
  5. terima kasih tuan, perkongsian info yang amat bermanfaat sepenuhnya kepada peniaga2 baru yang nak renew ssm ni. Agak pening juga pada mulanya.

    Dah lama2 nanti biasalah tu. :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.