Bilik Tidur Cat Warna Navy Blue


Pengaruh cerita orang putih, english style dan rustic terberkenan dengan warna navy blue untuk cat bilik tidur. Kononnya nak tiru bilik tidur tema navy blue yang Fiza pernah update sebelum ni. Kebiasaanya kalau cat warna navy blue di padankan dengan perabot warna putih, hitam atau coklat. Memandangkan perabot bilik tidur warna coklat gelap kira sesuai juga tu. Terus decide pilih warna cat dinding navy blue. Beli jenis silk Kansai Paint, Warna Navy Blue. Kalau nak beli tengok je kat chart colour kat kedai ada tulis warna navy blue.

Sebelum ni warna cat dinding bilik tidur warna kuning lembut. Jadi, bila nak bertukar warna cat tu haruslah kena cat warna putih dulu sebagai cat alas dan supaya bila cat warna lain  nanti warna tu tak bertukar warna walaupun cat tu dah kering tapi beri kesan warna lain juga nanti.  Yelah, bayangkan kalau takde cat putih. Terus je cat warna navy blue atas warna kuning. Warna dia mesti jadi lain sikit kan. Jadi, penting tau cat warna putih dulu sebelum cat warna lain.

Untuk cat putih ni tak perlu tebal sangat, janji boleh cover permukaan dinding dengan warna putih. Sebelum mengecat tu kena kikis dulu permukaan dinding cat yang lama yang mana nak tertanggal atau merekah tu supaya nanti dinding lebih cantik bila di cat. Dan juga letakkan filler pada dinding yang berlubang atau merekah.

Alas lantai dengan surat khabar atau apa saja alas untuk elakkan cat tumpah atau cat berbintik-bintik jatuh kat lantai semasa mengecat. Kalau ada cat berbintik kat lantai tu, kenalah mengikis pulak lepas tu. Jadi satu kerja pulak kan. Pastikan juga perabot di tutup. Fiza keluarkan semua perabot. Yang tinggal rangka katil je. Janji ada ruang senang nak bergerak semasa mengecat.  

Fuh.nasib bilik tak berapa nak besar ni Fiza mengecat sorang je untuk cat putih ni. Husband balik baru lah mengecat sama-sama untuk warna navy blue tu. Buat sorang dulu cepat sikit siap kan.



Nampak je kecik, tapi letih juga nak mengecat satu bilik ni. Ini baru satu layer je. Memandangkan masa tu hari hujan. Fiza biarkan dalam 2-3 jam untuk kering sebelum cat lapisan kedua warna navy blue. Untuk Cat putih ni Fiza gunakan lebih kurang dalam 4 Liter lebih. Beli Cat Putih San Cora 7 Liter tu RM 3+.00.

Lapisan kedua warna navy blue Fiza cat 2-3 jam selepas tu. Dari pengalaman Fiza, cat warna mesti kena 2 layer. Lepas dah kering dalam 1 jam lapisan kedua warna navy blue tu, Fiza cat lapisan ketiga warna navy blue. Barulah warna sekata. Kalau tak warna dia nampak tak sekata.

Layer 1 : Putih
Layer 2 : Navy Blue
Layer 3 : Navy Blue 

Sebelum ni cat ruang tamu dengan warna Neptune's Castle Kansai Paint. Warna biru gelap yang tu sampai 3 layer warna biru nak kena cat. Sampai tak cukup cat, kena add extra cat. Tapi nasib baiklah yang Navy Blue 2 layer je dah okay. Fiza beli yang 5 liter, guna dalam 4 liter lebih untuk 2 layer.

Pada mulanya Fiza nak pilih midnight blue tapi macam gelap sikit. Jadi pilih navy blue. Warna dia macam nak warna purple gelap sikit pun ada.


Bilik tidur eloklah warna gelap. Senang nak tidur bila gelap dan baguslah tidur bergelap untuk charge energy. Malam pun Fiza guna lilin wangi Ikea tu. Selain jimat elektrik, boleh mandatangkan mood tidur yang tenang gitu dengan aroma yang wangi.

Yeay, berjaya dapat tema bilik tidur warna navy blue. Masa untuk menyusun perabot dan mengemas bilik  pulak. 

3 comments:

  1. kena pulak nanti dengan langsir putih..lagi cantik kan...hehe

    ReplyDelete
  2. cantiknya..tpi tu la dok fikir nak cat ni bnyak kerja..

    ReplyDelete
  3. lawa fizah..klu combine ngan kaler putih ke kelabu mesti cantik ni..nnt fiza update lg lepas deco ye..akak suke tgk deco2 ni skang..hihi

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.