Bungkusan Parcel Terbarai
Kalau pecah, akak redha je dik. Takde rezeki lah namanya tu. Tak belek apa, terus sign je. Masuk rumah, terus buka bungkusan plastik yang gedabak besar ni.
Fuh! Nasib baik barangnya tak rosak. Nasib juga botol plastik. Bagus kalau peniaga dah balut barang dengan bubble wrap. Kurang risiko nak rosak. Sebelum ni ada beli juga tapi beli setakat 1 je sebab nak rasa. Kali ni nak restok, jadi belilah banyak sikit. Kebetulan pula nak jadi bungkusan terbarai tu. Alhamdulillah barang masih okay. Syukur rezeki masih ada.
Nak salahkan siapa? Peniaga? Pihak pos laju? Dua-dua pun tak salah. Peniaga dah elok-elok bungkus dan pos laju pun bertanggungjawab bungkus semula dan sampaikan dengan selamat. Nak puji juga sikap pos laju sebab bungkus semula. Kalau dia bagi yang terbarai gitu je memang nangis la jawabnya. Biasalah kalau kadang-kadang ada masalah dengan penghantaran ni. Mereka juga manusia biasa yang buat kerja tapi kalau barang yang sangat bernilai tu memang kena minta ganti rugi.
Sebelum ni pernah 2 kali dapat parcel pecah. Yang dikirim tu mug. Bukak je bungkusan memang dah pecah. Mungkin masa proses penghantaran dorang main campak je sebab tak tahu apa dalam bungkusan kan. Kalau hantar barang yang mudah pecah better letak sticker fragile tu. Itupun kalau mereka perasan dan tak campak. Kalau dorang nampak sticker tapi campak juga. Tak tahu nak kata apalah kan. Sekurang-kurangnya ambil langkah berjaga-jaga dengan letak sticker fragile tu. Fiza anggap apa yang Fiza dapat pecah tu bukan rezeki lah nampaknya.
Mug dari Blogger Shikin Razali
Yeay, stok pes mee goreng mamak dan pes char kuew teow dah sampai. Senang hati nak memasak kat dapur. Masakan pun jadi sedap!. Hehehe
Instagram : www.instagram.com/hanghungry_chef
kdg dh tmpl stikcer pun still ada brg pecah. mmg risiko kalau brg kaca ni.
ReplyDeleteTampal stiker tu dah okay dah. cuma kalau pecah tu xde rezeki la namanya kan..risiko tetap ada.
DeleteAhaa la kan.. nak buat camne dah bukan rezeki kan
ReplyDeleteye. betul tu
DeleteLaa, yea ke kak..? huhuhu sori yea kak, kesian akak dpt hadiah yang pecah... ;( next time saya akan lebih berhati2 lagi...
ReplyDeletetakpe..kan dah hantar hadiah ke dua haritu kan..buat susah je..terima kasih ye
DeleteNampak best plak sos tu ha....menarik..okey nanti akak skodeng IG tu...nasib baik pos laju tolong bungkus ngan plastik besar
ReplyDeletesebab best repeat order kak. cepat kerja masak dan sedap!
Deletekena cuba nie
ReplyDeleteCuba jangan tak cuba anum :)
Deletealahaii..teringin jugak nak beli ngn diorang ni..nanti senanglah memasak kan
ReplyDeletecepat dan sedap gitu kak :)
Deletewah..senang je nk masak pasni..
ReplyDeletetersangatlah senang :)
Deletesampai repeat order tu..mesti sedaplah kan? :)
ReplyDeletesedihnyaa! nak salahkan sapa eh..poslaju pun kdg3 main baling2 brg juga..emmm
ReplyDelete