Debit Picture Card Maybank Baru Dapat



Kenapa sekarang baru dapat? Macam ni ceritanya. Masa mohon debit card maybank secara online 28 Julai 2016 haritu selepas dapat email bagitau permohonan berjaya, dalam email tu ada beritahu juga kad akan siap selepas 7 hari waktu bekerja. Okay, lepas dah settle urusan tu Fiza pun ada terbaca juga pengalaman dari mereka yang dah buat mengatakan yang pihak bank akan email atau call beritahu yang kad dah siap untuk di ambil di cawangan bank yang kita pilih. 

Tunggu punya tunggu sampai sebulan lebih takde juga dapat email atau call. Ahhh sudah..tak pasal burn macam tu je pulak, dah lah kena tolak RM26.50 untuk permohonan debit picture card tu kan. Tanya jugakla pada yang dah pernah buat, katanya ikut branch ada yang cepat ada yang lambat. Okay, so tunggu je la lagi dan bila dah 2 bulan lebih ni tergerak hati nak tanya kawan yang kerja maybank. Baru teringat pulak. haishhh.. Dia suruh call maybank terus.

Kebetulan beberapa hari lepas ada problem dengan maybank2u dapat reject code error lepas buat transaction sampai log in maybank pun tak boleh. Terus call Maybank centre. Lepas urusan maybank2u settle tanya sekali pasal debit picture card tu. Centre suruh call branch pulak. Nasib dapat cakap juga dengan staff maybank sebab dah sedia maklum dorang sibuk. Staff tu kata " kenapa tak ambil kad selepas 7 hari waktu bekerja?" Fiza pun jawablah yang takde dapat email atau call dari maybank, jadi tak tahu status kad dah siap ke belum. Staff jawab lagi yang dorang tak terima email atau no.fon, jadi tak dapat contact sebab yang customer isi semua tu dapat kat centre bukan branch. Err..pening kejap!

Rupanya dah siap lama dah bulan Ogos hari tu. Fiza kena ambil sebelum 3 November 2016. Kalau tak expired dan burn lah macam tu. Nasiblah Fiza call maybank. Ada hikmahnya berlaku masalah maybank2u tu. Kalau tak, memang rugilah kan.

Merempitlah Fiza dengan husband ke Maybank. Faham-faham je la kalau kat bank memang tak kan ada parking kereta punya. Senang naik motor, urusan pun settle cepat. Yang tak cepatnya kena tunggu urusan pengambilan kad tu. Sekarang kat semua kaunter kena thumbprint. Even nak ambil number kat kaunter pun kena thumbprint. Nampak sangat dah lama tak ke bank. huhu..

Lepas ambil number terus pergi ke kaunter yang dorang sebutkan masa ambil nombor tu. Kena thumbprint lagi dan sign surat pengambilan kad. Kemudian beralih ke kaunter sebelah untuk proses terakhir kad atm yang baru. Lepas thumbprint kena masukkan no pin kad 2 kali dan siap. Tak perlu nak aktifkan kad kat ATM dan maybank2u pun seperti biasa. Okay, settle bab renew debit card. Dapat sudah debit picture card limited edition gambar sendiri. Kalau korang belum dapat tu, better call maybank terus.

7 comments:

  1. ala..tuari buat kad online...tapi tak letak pun gambar...ai is so rugi tau

    ReplyDelete
  2. ada hikmah kan bila maybank2u problem.. cantik kad maybank fiza tu..

    ReplyDelete
  3. Lahh, baru tahuuu..ishhh..saya pun lama x dapat ni, ok2, nak kena call..malas memang selagi tak dicall..mana tau ramai sgt sampai x siap siap2, ahahah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.