Design Kad Jemputan Sambut Menantu


Tak lama lagi musim cuti sekolah. Musim cuti sekolah macam biasalah banyak kenduri kahwin sana sini. Bersedialah nak kena datang 2 3 kenduri dalam satu hari. Rezeki makan nasi minyak tu. Baru-baru ni dapat tempahan design kad jemputan sambut menantu. Biasanya kad jemputan kahwin je. Kalau sambut menantu ni sebelah pihak lelaki buat yang simple je kan selalunya.

Disebabkan pengantinnya seorang tukang gunting, jadi yang tempah design pun pilih tema ada gunting macam ni. Design bahagian depan ni lebih kurang dengan design yang pernah Fiza buat sebelum ni untuk pembukaan butik tapi tukar beberapa posisi dan semestinya maklumat kena tukarlah. Tema pun merah hitam. Design bahagian belakang jemputan dan map lokasi rumah pengantin. Nampak sedikit rare design kad jemputan yang customer request ni. Yang penting customer puas hati.


Terima kasih order!

3 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.