Destinasi Hiking Yang Menarik untuk Newbie

Bila dah mula terjebak dengan aktiviti hiking ni, mulalah mencari destinasi seterusnya untuk hiking. Macam saya, awal-awal dulu haruslah di mulakan dengan hiking bukit dulu. 

Nama pun newbie kan. Masa tu Bukit Broga lah paling popular sebab pemandangan kat puncak memang cantik dan menarik.

Mula-mula hiking memang semput. Ye lah, tak biasa kan. Tapi puas hati kalau dapat sampai ke puncak. Kena gigih dan kuat dari segi mental sebenarnya. 

Kalau nak acah-acah hangat-hangat tahi ayam memang tak sampai atas lah jawabnya. Okay, bagi yang suka hiking untuk newbie tu saya kongsikan destinasi hiking yang menarik ni untuk korang. 

Saya jumpa di facebook raonraon.excapade. Ada beberapa tempat saya tak pagi lagi ni. Harus kena explore!

Bukit Broga

Destinasi Hiking Yang Menarik untuk Newbie

Terletak di Semenyih, trek bukit ini sangat sesuai untuk siapa-siapa yang baru berjinak-jinak dengan hiking. That's why lah saya mulakan dengan Bukit Broga. Dah empat kali naik atas tapi semuanya sampai view puncak pertama je. Lepas ni kena cuba naik puncak seterusnya.

Destinasi Hiking Yang Menarik untuk Newbie

Untuk datang ke sini pastikan datang hari biasa sebab kalau weekend memang ramai. Silap-silap nak bergambar kena tunggu turn dan parking kereta pun penuh. Trek biasa je mudah untuk newbie. 

Cuma yang mencabar sikit nak sampai ke puncak tu sebab terpacak sikit bukitnya. Puncak yang cantik dan sesuai sangat untuk ber photoshoot kat sini.

Kesimpulan
Lokasi: Taman Melawati, Kuala Lumpur. 1 jam driving dari KLCC.
Durasi pendakian: 45 minit – 1 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan

Sungai Pisang

Destinasi Hiking Yang Menarik untuk Newbie

Waterfall dan sungai yang jernih memang amat menyegarkan. Pokok-pokok pun banyak nak buat hammock party.  Waterfall di sini amat terkenal dengan aktiviti waterfall abseiling dan zipline. Tak berminat main tinggi-tinggi? Gayat? Mandi manda di air sungai, layan massage di air terjun pun cukup feeling dah. 

Sungai Pisang ni amat dekat dengan pusat Bandar, terletak di Tepi Highway Karak. Tidak digalakkan untuk parking di tepi jalan kerana banyak kes pecah kereta. Jalan alternatif yang lebih baik adalah melalui Jalan Gombak Lama. Pastikan anda buat study dulu sebelum mula hiking.

Kesimpulan
Lokasi: Gombak, Selangor. 40 minit driving dari KLCC.
Durasi pendakian: 30 – 40 minit
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.

Sungai Chiling

Destinasi Hiking Yang Menarik untuk Newbie

Air terjun yang terdapat di Sungai Chiling boleh dikatakan yang terbaik yang ada di Selangor. Sungai yang jernih ditambah dengan anak-anak ikan yang berenang keriangan pasti akan membuat anda bahagia. 

Terdapat yuran yang amat minima dikenakan sebelum mula trekking ke air terjun. Bilangan bag plastik dan bekas makan juga akan dikira sebelum masuk dan deposit akan dikenakan. 

Deposit akan dikembalikan apabila jumpa plastik/bekas yang dibawa masuk sama dengan yang dibawa keluar. So pendek cerita, memang bersih la Sungai Chiling ni. For sure boleh “Chilling” di Chiling. 

Kesimpulan
Lokasi: Kuala Kubu Bharu, Selangor. 1 jam 20 minit driving dari KLCC.
Durasi pendakian: 1 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.

Lata Jerangkang

Destinasi Hiking Yang Menarik untuk Newbie

Ada 4x4 (powil) tapi tak pernah guna gear 4x4 tersebut? Apa kata test kebolehan 4x4 tersebut untuk sampai ke Lata Jerangkang. Jalan offroad yang agak jauh dan mencabar pasti akan memberikan adrenaline rush!

Tapi kalau takde powil pun usah risau. Terdapat servis powil yang akan menghantar korang ke hiking point. Perjalanan offroad 40 minit pasti akan membuat buntut anda berasa kebas-kebas semut. 

Kalau nak guna kereta sendiri pun boleh tapi kena tanggung sendiri akibatnya kerana lokasi Lata Jerangkang yang agak dalam dan jauh daripada pencemaran, air terjun dan sungai di sini amat jernih. 

Kalau bernasib baik, boleh melihat burung hornbill terbang keriangan. Terdapat juga tempat untuk free dive (tiruk) setinggi 15 kaki untuk adrenaline addicts.

Kesimpulan
Lokasi: Maran, Pahang. 2 jam 30 minit driving dari KLCC.
Durasi pendakian: 2-3 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.

Canopy Walk

Destinasi Hiking Yang Menarik untuk Newbie

Nampak senang kan? Tapi jangan sesekali memandang enteng ya. Tarikan utama adalan jambatan gantung setinggi 30 meter dr aras tanah. 

30 meter tak tinggi? Tahu tak ketinggian lelaki dewasa di Malaysia pun kurang dari 2 meter? Tinggi bang, memang gayat goyang lutut gak weiii.

Di sepanjang Canopy Walk, anda boleh melihat bangunan yang tinggi di pusat bandar KL. Terdapat juga kawasan lapang yang berdekatan dengan air terjun, sesuai untuk piknik.

Nota dari Website FRIM
We wish that some information in the post could be edited as for safety reason, FRIM has decided recently a guide must be engaged for all visitors visiting the Canopy Walkway. 

Kesimpulan
Lokasi: Kepong, Kuala Lumpur. 20 minit driving dari KLCC.
Durasi pendakian: 2-3 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.

Bukit Batu Putih

Destinasi Hiking Yang Menarik untuk Newbie

Bukit Batu Putih ni senang nak hiking sebab kejap je dah sampai puncak. Trek pun mudah je. Cuma cabaran terakhir nak sampai ke puncak tu agak mencabar kena panjat batu. Puncak Bukit Batu Putih tak berapa luas. Jadi, kalau ramai-ramai kena tunggu turn lah untuk ambil gambar. 

View dari atas puncak memang cantik sangat dapat tengok laut biru yang cantik tu. Seriously terpaku dengan keindahan laut. Bukan senang nak dapat tengok view laut macam ni kan. Baru sekali je naik, bakal nak pergi lagi.

Destinasi Hiking Yang Menarik untuk Newbie

Kesimpulan
Lokasi: Port Dickson, Negeri Sembilan. 1 jam 30 minit driving dari KLCC.
Durasi pendakian: 30 minit
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.

Lata Medang

Destinasi Hiking Yang Menarik untuk Newbie

Trek Lata Medang agak licin (kena redah sungai) dan kasut yang sesuai amat diperlukan. Tak perlu nak hiking shoe bagai, kasut getah RM5 pun okay. Amat digalakkan untuk membuat sedikit study sebelum memulakan trip hiking ke Lata Medang.

Tiada papan tanda sepanjang perjalanan dan terdapat banyak simpang-simpang yang menyesatkan. Ada kemungkinan hiking punya hiking, tiba-tiba sampai kat Bukit Kutu. Masakkk.

Kesimpulan
Lokasi: Kuala Kubu Bahru, Selangor. 1 jam 20 minit driving dari KLCC.
Durasi pendakian: 2-3 jam
Tahap kesukaran: 2/5
Guide: Perlu pergi bersama orang yang pernah sampai ke Lata Medang untuk first timer.

Bukit Gasing

Destinasi Hiking Yang Menarik untuk Newbie

Bukit Gasing juga merupakan tempat terbaik untuk first-time hikers. Terletak di tengah-tengah kota sesak antara Petaling Jaya dan Kuala Lumpur, tempat ini telah menjadi trek popular untuk aktiviti hiking santai di hujung minggu.

Antara tarikan utama di sini adalah watch tower dan jambatan gantung yang merentasi sungai yang akan memberi sedikit rasa cemas. Anda boleh melihat permandangan sekitar melalui watch tower.

Kesimpulan
Lokasi: Petaling Jaya, Selangor. 20 minit driving dari KLCC.
Durasi pendakian: 2 jam
Tahap kesukaran: 2/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.

Bukit Tabur

Destinasi Hiking Yang Menarik untuk Newbie

Bukit Tabur juga famous di kalangan pendaki-pendaki baru. Sape yang keberatan nak drive jauh-jauh ke Broga, memang ke Tabur la jawapannya. Trek Bukit Tabur agak mencabar kerana bukan sahaja skill mendaki diperlukan, mencabar dan menarik pada masa yang sama.

Ada dua trail untuk bukit ini iaitu Tabur West dan Tabur East. Untuk yang baru, hanya Tabur West yang digalakkan kerana trek nya yang lebih user-friendly.

Walaupun user-friendly, jangan lupa air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukit ini boleh jadi merbahaya apabila langkah-langkah keselamatan tidak diambil berat. Minum air berlebihan pun bahaya, apatah lagi main kejar-kejar dan selfie di hujung lereng bukit.

Kesimpulan
Lokasi: Taman Melawati, Kuala Lumpur. 30 minit driving dari KLCC.
Durasi pendakian: 3 – 4 jam
Tahap kesukaran: 3/5
Guide: Perlu. Paling kurang pergi bersama teman yang pernah naik Bukit Tabur berulang-kali.

Mossy Forest

Destinasi Hiking Yang Menarik untuk Newbie

Mossy Forest terpaling saya nak pergi ni sebab nak acah-acah macam dalam filem "Lord Of the Rings" gitu. Pokok berlumut, kabus, sejuk, nafas berkabus semua ada di Mossy Forest. Cantik oii mossy forest ni. Photoshoot kat sini memang lah cantik! Tak sabar nak explore nanti. Letak dalam wishlist siap-siap.

Disebabkan iklim yang sejuk dan lembap, keadaan trek agak berlumpur. Kasut yang boleh diikat kemas amat digalakkan. Kalau tak amat tinggi kebarangkalian kasut tertinggal dalam lumpur.

Kesimpulan
Lokasi: Bukit Brinchang, Cameron Highlands. 3 jam driving dari KLCC.
Durasi pendakian: 3 -4 jam
Tahap kesukaran: 3/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.
Destinasi Hiking Yang Menarik untuk Newbie

Bukit yang paling cepat sampai puncak. Trek yang mudah dan paling mencabar kena panjat batu sebelum sampai puncak. Bagi yang dah biasa hiking, Bukit Batu Chondong ni kalau hiking tak sempat peluh katanya. 

Kejap je dah sampai. Ada laluan pokok buluh yang cantik tapi banyak nyamuk. View dari puncak cantik cuma kalau gayat memang gigil kaki nak berdiri atas bukit yang condong ni.

Kesimpulan
Lokasi: Terletak di belakang Zoo Negara.
Durasi pendakian: Lebih kurang 1 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.

Nampaknya kena habis explore Bukit dulu baru explore Gunung. Baru naik 2 gunung je. Itupun rasa macam serik tapi tak serik-serik. Kepuasan sampai ke puncak mengatasi segalanya. So jom hiking penuhkan aktiviti hujung minggu. Keluar peluh sikit badan pun cergas sihat.

Credit info dan image : raonraon.excapade

7 comments:

  1. waaa....hebat la fiza hiking naik bukit2 tu..
    N mmpu lambai je dr bawah..heheheh

    ReplyDelete
  2. bestnya akak... busyra tak pernah hiking. teringinnyaa

    ReplyDelete
  3. teringin jugak nak hiking...tapi faktor kesihatan...tak boleh..huwaaa

    ReplyDelete
  4. Banyaknya tempat untuk hiking rupanya.
    Tetapi sesiapa tak biasa hiking better workout dengan stamina dulu.
    Pengalaman sendiri ingat hiking tu macam main netball rupanya hazab walaupun kat Hill Park S2 aje.

    ReplyDelete
  5. banyaknya tempat nak hiking, tapi ntah bila dapat pergi. hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.