Kiosk Tukar Kad Debit Maybank
Bagi yang ada lebih masa tu bolehlah pergi Kiosk tukar kad debit Maybank yang berdekatan. Self service je. Jadi, tak perlu nak tunggu nombor giliran dan bersesak dalam office maybank tu. Tapi kalau kiosk ni ramai orang, kenalah bawak-bawak bersabar tunggu giliran juga. Yang penting, cara tukar debit kad menggunakan kiosk lebih mudah lah dari masuk office tu. Ikut je langkah-langkah yang diberitahu dan dalam beberapa minit je dah siap. Jimat masa juga ni.
Cara ringkas tukar kad debit maybank melalui mesin layan diri
A. Masukkan kad ATM/Debit lama anda, kemudian masukkan no PIN.B. Masukkan Mykad anda, serta buat pengesahan cap jari (thumbprint verification). Thumbprint verification passed! (Mesti lulus pengesahan cap jari).
C. Kad Debit baru (versi Chip & Pin) akan keluar berserta resit transaksi.
Dalam Seminit je dah siap katanya. Dah selesai proses penukaran kad Debit baru anda tanpa perlu ke kaunter. Mudah sangat tu kan?
Buat masa sekarang, hanya ada beberapa Branch yang ada kiosk terbaru ini. Yang pasti, kat Menara Maybank dah ada kiosk ni. Dengarnya, dalam masa terdekat, kiosk ini akan ditempatkan di cawangan Maybank KLCC, KL Sentral dan MidValley.
Waktu operasi :
Cawangan Maybank terpilih :
6 pagi - 12 tengah malam
Cawangan Maybank di Pasaraya :
Mengikut waktu operasi pasaraya
(10 pagi - 10 malam)
Senarai kiosk cawangan Maybank
- Kuala Lumpur
Kuala Lumpur (Pejabat utama)
Taman Tun Dr. Ismail Taman Tun Dr. Ismail
Mid Valley
KLCC
- Selangor
Pandamaran
Kajang
Klang
Bandar Baru Ampang
USJ Subang Saja
MIB Bandar Baru Bangi
The Reef, Rawang
Aeon Shah Alam
Pandan Indah
Puchong Jaya
- Negeri Sembilan
Nilai
- Johor
Batu Pahat
Muar
- Melaka
- Perak
- Kedah
- Pulau Pinang
- Perlis
- Pahang
- Terengganu
- Kelantan
Okaylah kan ada pilihan macam ni. Sekurang-kuranglah lebih banyak pilihan pengguna ada.
Kredit : Firdaus Pay - FP -
Valleynco faezramly.com
wow bagusnya ada kiosk
ReplyDeletekan bgus stiap negeri cwgn utama tu dh ada kiosk
ReplyDeleteWah..senangnya..
ReplyDeletebgs untuk perkhidmatan lebih cepat dan mudah .... klu nk Q kat kaunter mmg lama ... ni trs dpt kad ke
ReplyDeleteMakin mudah sekarang nak tukar kad debit maybank..
ReplyDeleteAM buat online je tapi punya la lama masa nak sampai kat AM.
Paling tak tahan kena pi ambil kat City Link pulak tu..Adeiii
Posting terbaru AM
5 Kelebihan dan Manfaat Berjogging
Ikhlas dari
AlongMisuari.com
memnag bagus..tak yah beratur tunggu nombor
ReplyDelete