Kuah Rojak Tamin Sedap


Siapa suka makan rojak buah? Okay siapa suka kita geng! Rojak buah biasanya ada macam-macam jenis buah. Terpaling sedap kalau ada buah mangga yang agak masam manis tu. Kalau masam pun kuah rojak ada buat seimbangkan rasa masam tu. Kuah rojak kan manis pedas gitu rasanya.

Sebelum ni pernah beli kuah rojak jenama lain tapi tak sesedap kuah rojak tamin ni. Boleh je sebenarnya nak buat sendiri tapi kemalasan tu lebih dari kerajinan. Jadi beli je la yang dah siap memandangkan nak beli bahan-bahan lagi. Lebih baik beli yang dah siap dan harga pun berpatutan. Sedap pun sedap.


Ni dah botol ke tiga dah Fiza beli. Wajib ada stok kat rumah sebab kat rumah memang sentiasa ada stok buah apple hijau. Sesekali teringin makan buah tu mesti makan dengan kuah rojak. Memang umphhh sedap dia! Kuah rojak ni manis pedas rasanya. Pedas dia takdelah rasa serbuk cili sangat. just nice rasa dia. Memang betul tagline Kuah Rojak Tamin ni "rasa sekali, hendak lagi!". 

Jenama Tamin ni produk keluaran tempatan. Selain kuah rojak, pati sirap tamin pun sedap. So far sangat berbaloi beli jenama ni. Peminat rojak buah cubalah rasa kuah rojak tamin ni. Boleh dapatkan di Mydin. Tempat lain Fiza cari tak jumpa. Kat Mydin je ada yang setakat Fiza tahu la. Harga 1 jar ni RM5 lebih.

3 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.