Perisa Baru Sweet Potato Dari Mister Potato Crips


Selamat tengahari semua! Nak masuk waktu lunch break ni mesti tengah fikir nak makan apa lunch nanti kan? Yang kat rumah tengah dok fikir nak masak apa. Yang bawak bekal tu tunggu masa nak ngap je. Sabar sabar. Selamat menikmati juadah lunch masing-masing ye.

Petang-petang sikit sesambil buat kerja yang boleh berkudap-kudapan tu mesti syok kan. Korang mesti dah tahu Mister Potato Crips dah keluarkan perisa baru iaitu Sweet Potato. Tengok orang lain dah dok cuba sampai ada yang kata biadap sedap! Kemain sedap nau nau agaknya kan.


Bentuk dan rupa masih masih mister potato crips yang lain cuma yang istimewanya pada rasa dia yang sangat-sangat sedap! Rasanya seperti kerepek keladi atau keledek gitu. Rasa lemak-lemak manis ubi keledek/keladi dan kurang kemasinan. Itu yang best tu. 



Hari ni beli, esoknya Fiza beli lagi. Sekali hadap dah habis. Tak sempat nak simpan pun. Silap-silap nak berkudapan masa kerja pun boleh jadi kerja tak siap sebab asyik menyuap ke mulut je. Hehe.. Silalah cuba rasa. Setakat ni ada kat 7 Eleven je. Tempat lain tak tahu ade ke tak.

7 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.