Tempat-Tempat Menarik di Jogjakarta, Indonesia
Kota Yogyakarta, juga dikenali sebagai Jogja, Yogya, Yogyakarta, dan Jogjakarta, adalah sebuah bandar raya yang besar di Indonesia. Selain warisan budaya, Yogyakarta memiliki panorama alam yang indah. Hamparan sawah yang hijau menyelimuti daerah pinggiran dengan Gunung Merapi tampak sebagai latar belakangnya. Pantai-pantai mudah ditemukan di sebelah selatan Yogyakarta. Masyarakat di sini hidup dengan damai dan memiliki keramahan yang khas. Susasana seni begitu terasa di Yogyakarta. Malioboro yang merupakan urat nadi Yogyakarta dibanjiri dengan barang-barang perindustrian dari segenap penjuru. Ahli-ahli muzik tepi jalan selalu siap menghibur para pengunjung warung-warung lesehan. Pengangkutan ke Yogyakarta termasuk kereta api dari Jakarta, Bandung, dan Surabaya, selain daripada bas dari hampir semua bandar di Pulau Jawa serta kapal terbang.- Kredit Wikipedia
Sebab apa Fiza tertarik dengan destinasi Jogjakarta, Indonesia ni sebab banyak tempat menarik yang korang boleh pergi. Rasa macam tak cukup nak bercuti dalam masa yang singkat, 3 Hari 2 malam tak cukup kot! Kemain kan. Kalau bercuti ke Jogjakarta, Fiza tengok landmark yang sama je mereka pergi. Jadi, wajiblah pergi tempat-tempat menarik di Jogjakarta ni.
Kalibiru
Kalau dah sampai wajib ambil gambar kat atas ni tau! Cantik oii view dari atas ni. Untuk keselamatan, ada disediakan tali tu. Jadi, kurang risiko untuk jatuh kebawah. Mana lah tahu korang teruja sangat bergambar sampai lupa diri yang korang berada kat atas tu. Bajet bergambar atas tanah kan.
Puncak Becici
Selain di Kalibiru, jangan lupa naik ke Puncak Becici. Masih lagi view dari atas pokok cuma pokoknya lain dikit dong. Eh, ngomong indon pulak.
Pantai Timang
Yang sukakan permandangan laut, boleh pergi Ke Pantai Timang. Cantik betul lah kat sini. Rasa nak pergi sekarang juga. Jom!
Aktiviti yang korang boleh buat kat sini selain ambil gambar, boleh naik cable car. Tak tahu apa namanya. Siapa tahu tolong jawab dalam kotak komen ye.
Borobudur
Prambanan
Gumuk Pasir
Pantai Parangtritis
Goa Pindul
Gereja Ayam
Hutan Pinus
Cantik-cantik dan menarik tempat-tempat yang ada di Jogjakarta ni. Jangan lepaskan peluang kalau dah tersinggah bercuti di Jogjakarta. Bilalah Fiza nak sampai sini ni. Kena menabung dari awal lah ni. Sekarang ni tak semua percutian yang bajet betul-betul bajet.
Kalau korang nak bercuti dengan tiket murah. Tiket sahaja tau, boleh contact Qayyum sebab dia ada pakej tiket flight pergi dan balik dengan kadar yang lebih murah.
Kredit foto dan info
wow bestnya
ReplyDeleteAkak pun sama suka Jogjakarta...kota cinta kan..hehehe...ntah bila dpt pi..sibuk je lately
ReplyDeleteLepas tgok ada apa dengan cinta 2 terus fall in love dgn jogjakarta. InshAllah sampai sana satu hari nnti :) Blogwalking :) Eh klik terus nuff ads
ReplyDeletetheathra.blogspot.my