Jom Bercuti Ke Tokyo Bersama Traveloka



Yes, I really really need a holiday! Agak lama tak bercuti ke mana-mana sejak akhir-akhir ni. Memang elok sangat lah kalau ambil peluang bercuti sempena Year End Holiday Promotion di Musim Cuti Sekolah. Sesekali perlu ambil mood bercuti untuk merehatkan diri juga.
Traveloka - Website tempahan tiket penerbangan dan hotel murah. Boleh dipercayai dan selamat untuk digunakan. Perkhidmatan 24 jam secara online.

Kebetulan juga Traveloka nak berikan tiket PERCUMA untuk ke 10 destinasi yang terpilih iaitu EL Nido, Hong Kong, Langkawi, Bali, London, Tokyo, Nepal, Sabah,  Melbourne dan South Korea. Nak dapatkan tiket percuma, blogger perlu sertai contest yang dianjurkan oleh traveloka ni. Bagi yang bukan blogger, boleh sertai melalui facebook. Rugilah kalau tak sertai.
Pilihan Fiza dah tentulah nak bercuti Ke Tokyo, Jepun salah salah satu impian Fiza dari dulu lagi. Cuma belum berpeluang nak sampai ke Tokyo lagi. Kebetulan Traveloka sedang baik hati nak berikan tiket PERCUMA ni, haruslah Fiza rebut peluang untuk dapatkannya. Manalah tahu kalau ada rezeki untuk Fiza bercuti ke Tokyo, Jepun bersama Traveloka. Siapa yang nak lepaskan peluang keemasan macam ni kan. Belum pernah lagi terbang ke luar negara ke negara jauh-jauh ni. Kenapa Fiza memilih Tokyo? Sebabnya di Tokyo banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Antaranya ialah :

Aktiviti Bersuka-Ria

1. Bersuka ria di Tokyo Disneyland dan Tokyo Disneysea


Orang kata kalau je Tokyo, jangan lepaskan peluang ke Tokyo Disneyland. Wajib pergi katanya! Tokyo Disneyland antara disneyland paling menarik yang mempunyai 7 themes land iaitu Tomorrowland, World Bazaar, Toon Town, Critter Country, Fantasyland, Westernland and Adventureland. Setiap satunya mempunyai pelbagai jenis permainan yang berlainan untuk kanak-kanak dan dewasa. Rasanya kalau dah sampai ke sini kenalah habiskan masa seharian untuk explore segala jenis permainan di sini. Waktu siang boleh bersuka ria dengan permainan dan pada waktu malam pula boleh tengok persembahan bunga api. Menarik kan!

Bersuka ria di Tokyo Disneysea


Selain bersuka ria di Tokyo Disneyland, boleh sambung bersuka ria di Tokyo Disneysea pula. Disneysea merupakan taman tema fantasi bertemakan lagenda laut dibina untuk menghiburkan pengunjung untuk peringkat dewasa. Teruja tengok gambar Disneysea ni apatah lagi kalau sampai sana. Melompat kegembiraaan terus!

Aktiviti Santai

2. Melihat Keindahan Tasik Ashinoko dan Gunung Fuji (Hakone Sightseeing)


Dah bersuka ria tu, boleh lakukan aktiviti santai dengan melihat keindahan alam semulajadi. Kira aktiviti wajib sebab Fiza sejenis manusia yang sukakan alam semulajadi. Jadi, kalau tak singgah melihat keindahan Tasik Ashinoko dan Gunung Fuji memang rugilah kan. Apa yang menariknya tentang Tasik Ashinoko ni adalah kejadiannya daripada gunung berapi Hakone sejak 3000 tahun dahulu. Sebab tu dipanggil Hakone sightseeing dan boleh menikmati keindahan ini dengan menaiki bot cruise

Bertambah menarik Tasik Ashinoko ni bila berlatar belakangkan Gunung Fuji yang menjadi simbol istimewa Hakone. Dikatakan waktu yang yang sesuai datang ke sini masa musim sejuk awal pagi atau lewat petang.

Satu pengalaman best kalau dapat mendaki Gunung Fuji. Tapi memang taklah nak mendaki. Perlu ada pengalaman hiking dan stamina yang cukup tu. Teringin tu memang teringin tapi tengok dari jauh tu dah memadai.
Gunung Fuji adalah gunung yang tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3,776.24 m (12,389 ft). Gunung Fuji sangat terkenal di dunia kerana bentuk puncak gunung yang hampir sempurna dan sekata menyerupai bentuk kon. Di sekeliling Gunung Fuji terdapat 5 tasik yang cantik iaitu Tasik Kawagushiko, Tasik Saiko, Tasik Tamanakako, Tasik Shojiko dan Tasik Motosuko.

3. Melihat Pemandangan Bandar Tokyo di Tokyo Sky Tree


Lagi aktiviti santai di Tokyo dengan melihat pemandangan bandar Tokyo di Sky Tree. Tokyo Sky Tree merupakan bangunan tertinggi di Jepun dan juga merupakan penyiaran televisyen terbaru yang menjadi mercu tanda Tokyo. 

Terdapat 2 dek pemerhati pada ketinggian 350m (Tembo Deck) dan 450m (Tembo Gallery) yang dikatakan dek pemerhati tertinggi di Jepun dan dunia membolehkan pengunjung melihat kecantikan bandar Tokyo. Selain dek pemerhati, ada juga shopping complex dan aquarium yang terletak di bahagian bawah bangunan ini. Confirm teruja tengok bandar Tokyo ni.

4. Melihat pemandangan Tokyo di Roppongi Hills


Selain boleh melihat bandar Tokyo di Tokyo Sky Tree, boleh juga memantau bandar Tokyo di Roppongi Hills yang merupakan salah satu tempat yang terkenal untuk melihat pemandangan keseluruhan Tokyo daripada dek pemerhati. Tarikan utama di Roppongi adalah Mori Tower yang merupakan banggunan tertinggi di Roppongi. Selain itu, terdapat juga Mori Art Museum dan Mori Garden berdekatan dengan Mori Tower. Boleh tambah ilmu seni Jepun kat sini. 

5. Bersantai di Shinjuku Gyoen National Park


Dah penat berjalan, lepas tu boleh bersantai di Shinjuku Gyoen National Park ni melihat keindahan pokok bunga sakura. Dah sampai Jepun, kenalah tengok pokok sakura depan mata sendiri kan. Di Shinjuku Gyoen National Park ni boleh bersantai bersama keluarga, geng-geng travel ataupun bersama yang tersayang. Paling cantik pada musim bunga sakura lah. Musim luruh pun cantik juga sebab bunga akan berubah menjadi warna kuning keemasan.
Shinjuku Gyoen National Park adalah antara taman tradisional yang tertua di Jepun. Di taman ini terdapat pelbagai tarikan seperti tasik kecik, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Di dalam taman ini juga terdapat beberapa taman utama iaitu French Garden dan English Garden

6. Berkelah di Yoyogi Park


Kalau tak dapat bersantai di Shinjuku Gyoen National Parkberkelah di Yoyogi park yang merupakan taman yang terbesar di Tokyo dan sangat terkenal sebagai tempat untuk beriadah dan berkelah. Kalau tengok kat gambar memang seronok berkelah ramai-ramai kat sini. Di taman ini terdapat pelbagai tarikan seperti tasik, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Terutamanya pokok sakura yang cantik tu. Taman ini terletak bersebelahan dengan Meiji Shrine dan pengunjung akan dapat menikmati pemandangan Yoyogi Park yang cantik sepanjang perjalanan hendak ke Meiji Shrine.

Aktiviti Tambah Ilmu Sejarah Jepun

7. Ketahui Sejarah Meiji Shrine


Alang-alang dah sampai Jepun, kalau berkesempatan nak juga singgah di tempat bersejarah Jepun. Salah satu yang ada di Tokyo ialah Meiji Shrine, kuil yang paling popular di Jepun dibina khas untuk Maharaja Meiji dan siap dibina pada tahun 1920. Dikatakan setiap 1 haribulan Januari setiap tahun, kuil ini akan dilawati oleh hampir 3 juta orang untuk menunaikan solat pertama (hatsumode). Bagi muslim sekadar menyinggah je la kan.

Kuil ini juga terkenal dalam kalangan pasangan kekasih sebagai tempat untuk mengadakan upacara perkahwinan tradisional yang dikenali sebagai perkahwinan Shinto. Semasa perang dunia kedua tercetus, kuil ini mengalami kerosakkan namun diperbaiki semula selepas itu.

8. Belajar Sejarah, budaya dan kesenian di Ueno Park


Wajib datang sini! Di Ueno Park terdapat Tokyo National Museum, National Museum for Western Art, Tokyo Metropolitan Art Museum dan National Science Museum. Boleh belajar sejarah, budaya dan kesenian Jepun di sini. Ueno juga terdapat Ueno Zoo yang merupakan taman zoologi pertama di Jepun. Menarik juga Ueno Park ni.

Aktivi Membeli Belah

9. Shopping Baju Harajuku


Tak lengkap bercuti kalau tak pergi membeli belah kan. Nak shopping baju di Harajuku sebab banyak fesyen terkini ada. Kalau nak tahu, harajuku adalah tempat popular untuk shopping baju. Nak juga tengok remaja Jepun memakai pakaian cosplay (costume playing) gaya artis ataupun karakter anime di Harajuku Fashion Street. Harajuku juga terkenal dengan deretan kedai cenderamata, restoran serta Cafe dan kedai menjual crepes terbaik di Harajuku. Bolelah beli sakan cenderahati untuk di bawa balik Malaysia nanti kan.

10. Shopping dan Berhibur di Shibuya


Sambil shopping boleh berhibur di Shibuya. Bandar Shibuya kawasan Tokyo yang penuh dengan warna warni dan sangat sibuk dengan pengunjung dan pelancong yang datang ke sini untuk membeli belah. Orang kata kalau dah sampai sini wajib cuba melintas di Shibuya crossing yang berhadapan dengan Hachikito Exit Station.

Yang menariknya tentang Shibuya Crossing ni adalah pejalan kaki dari pelbagai arah melintas pada waktu yang sama dan dalam masa yang sama semua lampu isyarat kenderaan bertukar merah. Persimpangan Shibuya crossing indah dihiasi dengan papan iklan neon yang berwarna warni serta skrin video yang besar. Persimpangan ini juga terkenal sebagai tempat wajib untuk bergambar dan antara tempat yang menjadi pilihan pengarah-pengarah filem. Kena praktis jalan laju-laju ni sebab tengok orang Jepun jalan laju je tak buang masa.

11. Shopping Lagi di Odaiba


Tempat paling nak pergi di Odaiba ni adalah Diver City Tokyo Plaza tu sebab nak bergambar dengan Gundam yang besar tu. Untuk mereka yang minat dengan anime tu boleh shopping kat sini.
Odaiba terkenal dengan pelancongan, hiburan dan pusat beli-belah, dan makanan. Odaiba adalah pulau buatan manusia yang terletak di Tokyo Bay dimana banyak tempat menarik yang ada di sini dengan pelbagai rekaan bangunan yang canggih antaranya Fuji TV Building, Aqua City Odaiba, DriverCity Tokyo Plaza, Rainbow Bridge, Telecom Center, National Museum of Emerging Science, Oeda Onsen Monogatari, Venus Fort, Toyota Mega Web, Odaiba Ferris Wheel, Panasonic Center, Odaiba Seaside park dan Madam Tussauds.
Odaiba bermaksud kubu dan telah dibina pada zaman dahulu dengan tujuan untuk mempertahankan Tokyo daripada serangan musuh. 

12. Shopping Barang Elektronik di Akihabara


Nampaknya kena bawa banyak duit poket untuk membeli belah di Tokyo ni. Banyak betul tempat membeli belah diTokyo ni. Dah beli baju, beli barangan lain, shopping barang elektronik pula di Akibahara yang terkenal dengan kedai-kedai barangan elektronik atau barang second hand seperti komputer, kamera, telefon bimbit, barangan rumah dan lain-lain yang berkaitan dengan elektronik.
Akihabara semakin dikenali sebagai pusat bagi peminat budaya Jepun seluruh dunia. Banyak kedai-kedai yang dikhaskan untuk anime dan manga kini mula berkembang diantara kedai-kedai elektronik di kawasan ini. Antara bangunan baru yang terdapat di kawasan ini ialah Yodobashi Electronic Store dan Akihabara Crossfield, sebuah bisnes kompleks yang dibina untuk mengenalkan Akihabara sebagai sebagai pusat teknologi elektronik global.

13. Melayan Kesibukan di Shinjuku


Sedia maklum tahu bahawa bandar Tokyo memang bandar yang sibuk kerana Shinjuku merupakan antara 23 bandar utama di Tokyo yang terkenal sebagai pusat beli-belah, hiburan dan perniagaan di atas stesen keretapi. Stesen keretapi Shinjuku merupakan stesen keretapi yang paling sibuk di dunia.

Antara tarikkan utama di Shinjuku adalah Metropolitan Government Office, Kabukicho Red Light District, Shin-Okubo Korean Town, dan pelbagai pasaraya besar seperti Isetan, Takashimaya, Odakyu Department Store, Keio Department Store dan Big Camera. Sesekali mengharungi kesibukan dan melayan kesibukan di Shinjuku ni okay juga kan. Sambil tu boleh shopping apa yang patut.

14. Beli Cenderahati Asakusa

Di Asakusa ni boleh membeli belah cenderahati di Nakassime Street. Tarikan utama di sini adalah kawasan Tokyo yang masih mempunyai suasana bandar seperti dari zaman beberapa dekad yang lalu. Selain cenderahati, ada bermacam-macam jenis makanan tradisional dan makanan tempatan Jepun. Kalau ada makanan yang halal, bolehlah cuba. Kalau tak, tengok-tengok je la makanan kat sini.
Tarikan utama Asakusa adalah Sensoji, iaitu sebuah kuil Buddha yang telah dibina sejak abad ke-7. Kawasan Akasuka ini boleh diterokai hanya dengan berjalan kaki sahaja. Tetapi, anda juga boleh memilih untuk menaiki beca yang dikendalikan oleh rakyat tempatan. Harga untuk dua orang untuk 30 minit adalah lebih kurang 9000 yen.

Aktiviti Makan

Wajiblah mencuba makanan popular di Jepun. Wajib cari yang halal! Bercuti ke luar negara ni memang kena hati-hati soal makanan kan. Tapi jangan risau, masih ada makanan halal di mana-mana cuma kena cari je. Di Tokyo ada beberapa kedai Halal untuk muslim.

15. Makan Ramen di Kedai Makan Halal Naritaya Asakusa

Kalau dah pergi ke Asakusa tu patut cuba makan ramen atau udon di Kedai Makan Halal Naritaya. Ada sijil halal Malaysia di kedai ni. Kalau makan di Malaysia dah biasa sangat kan. Haruslah kena cuba makanan original dari Jepun sendiri.

16. Makan Onigiri Original Jepun


Biasanya kalau mereka yang bercuti ke Jepun nak jimat belanja makan, makan Onigiri je. Nak beli pun mudah je sebab ada di jual di mana-mana. Sementara nak cari makanan halal nak alas perut atau nak jimat masa bercuti makan je onigiri. Di yakini halal.

Nasi kepal dibungkus dengan seaweed dan dalamnya ada pelbagai jenis inti. Yang popular ikan salmon lah. Walaupun kat Malaysia boleh cuba rasa tapi Original dari Jepun mesti lebih sedap kan. Kalau makan sushi tak berapa nak kenyang kan. Jadi, makan onigiri lebih lama kenyang. Lagipun sushi dah biasa sangat kat Malaysia ni.

17. Makan Tempura di Tendon Soba Udon



Tempura salah satu favourite makanan jepun yang Fiza suka. Teringin juga nak rasa menu halal kat Tendon Soba Udon ni. Nak juga rasa mee soba dan mee udon kat sini. Kena sediakan bajet lebih nampaknya untuk makanan juga ni.

Fuhh..banyak betul tempat menarik dengan pelbagai aktiviti di Tokyo ni. Kalau Traveloka bagi Fiza peluang dapat tiket percuma bercuti ke Tokyo, haruslah kena jejak kaki semua tempat ni. Kena planned well supaya berkesempatan pergi semua tempat. Kalau tak dapat pergi semua tempat pun takpe, asal dapat sampai Tokyo pun dah kira berbaloi juga.

Kalau korang nak kemana pula? Bolehlah tengok-tengok contest yang traveloka anjurkan ni. Ada rezeki boleh menang hadiah mingguan yang best juga.

Tengok hadiah grand prize lagilah teruja nak join contest kan. Harap ada rezeki kali ni. Mungkinlah impian jadi kenyataan??? #MyTravelokaEscapade because I really really need a holiday lah! Dah lama tak bercuti kan. Balas dendam pergi jauh dan pergi tempat menarik di Tokyo.

https://blog.traveloka.com/en/online-contest/

15 comments:

  1. Replies
    1. memang best..moga ada rezeki la akan datang. Aaaminnn...

      Delete
  2. Jepun memang salah satu tempat idaman kita jugak Fizah! Kita doakan ada rezeki Fizah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay..seronok kalau boleh travel sama..terima kasih Nanie :)

      Delete
  3. all the best fiza...syok kan kalau dapat ke sana

    ReplyDelete
  4. Best kalau dpt pergi tokyo... Gut luck fiza... Lea tak dpt job. ni.. Sob sob sob...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Lea..boleh je blogger dan facebooker join Lea

      Delete
  5. Haritu baru pergi Jepun! Best! Good Luck!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.