Kemeriahan Thai Food Festival


Yes, Finally! Dapat juga menikmati kemeriahan Thai Food Festival 2016 yang sedang berlansung di Kip Mart Senawang. Kalau tak dapat pergi, telan air liur je la tengok makanan sedap yang mereka upload tu. Alhamdulillah ada rezeki nak merasa makanan Thai yang sedap-sedap tu. 

Sebelum pergi sini memang dah ada dalam kepala dah nak beli apa je. Tomyam tu dah tentu wajib beli. Nak kerabu mangga, pulut mangga, kerabu sotong, somtam dan thai red tea. Itu je la yang biasa makan pun. Masa ni Fiza dengan husband pergi waktu tengahari. Agak panas juga walaupun nampak mendung. Orang pun tak ramai sangat tapi masih meriah sampai nak beli makanan pun ada yang beratur panjang.


Bukan senang nak dapat peluang macam ni kan. Kalau nak merasa sampai nak ke Thailand tu entah bila-bila nak sampai Thailand. Jadi, jangan lepaskan peluang datang. Kalau korang peminat tegar makanan Thai lah. Kalau tak minat pun ada barangan lain yang dijual di sini selain makanan. Ada baju, seluar, beg dan lain-lain lagi.

Bila dah sampai sini, pertama sekali of course lah Fiza cari tomyam dulu. Pusing punya pusing Fiza beli kat kedai Abdullah Fathoni ni. Nampak pulak somtam dengan kerabu maggi tu. Ahhh kecur betul dibuatnya. Kecur tak kecur, Fiza beli tomyam je sebab kalau ikut nafsu makan sangat membazir. Siapa nak makan oiii. Husband bukan suka makanan tomyam masam² ni. Matilah kalau Fiza kena habiskan sorang. Kalau simpan lama sampai ke malam tak fresh pulak. Sudahnya beli tomyam je kat sini. 


Sesambil tu dok tengok gerai lain. Kotlah ada yang terberkenan makanan yang tak pernah makan kan. Meriah betul jualan makanan kat sini. Bau pun dah macam-macam bau makanan dah. Kalau pergi masa perut tengah berkeroncong memang azab lah tahan lapar dengan bau-bauan segala makanan yang ada. Kalau tak tahan lapar, boleh je makan kat sini sebab ada disediakan meja dan kerusi untuk mereka yang nak makan di sini.


Setiap gerai ada logo halal. Jadi, tak perlu risau untuk membeli dan merasa.

Husband Fiza beli takoyaki. Eh, ade pulak takoyaki. Bukan takoyaki makanan jepun ke? Pun boleh lah kan. 


Memandangkan kamiorang tak lunch lagi. Beli lah pulut ayam goreng dan beritant nasi goreng kat kedai sebelah kedai Thai red tea ni. Selain beli Thai red tea, Fiza beli roti tisu coklat juga. Nampak menarik je.


Kalau korang beli teh tarik korang akan dapat special performance dari abang teh tarik ni. Tarikan utama mungkin?

Tak lama pun Fiza datang sini. Sempatlah pusing 2 round semua gerai. Tak besar mana pun. Tapi rambang mata juga lah nak pilih makanan tu. Inilah hasil pembelian Fiza semalam.

Takoyaki RM10 (12 biji)
Tomyam RM8
Pulut Ayam Goreng RM8
Beritant Nasi Goreng RM8
Roti Tisu coklat RM4
Thai red tea tarik RM6 (L size)
Total loss : RM44

Kalau tengok harga tu pada Fiza agak mahal sebab kalau harga yang orang malaysia buat tak semahal itu rasanya. Kalau kat utara pulut ayam goreng baru RM5 macam tu kan. semangkuk tomyam baru RM6. Ini namanya original dari Thailand, haruslah kena mahal sikit kot? Ke? Atau sepatutnya lebih murah sebab adanya festival ni. Entahlah, tak dapat nak menjawabnya. So far puas hati dengan rasa masakan Thai ni dan sangat kenyang. Alhamdulillah tak membazir. Habis licin! Terbaik! Kalau korang nak makan macam-macam, kenalah bawa duit lebih. 


Orang Seremban dan yang terdekat jom datang sini.  Thai Food Festival sampai 1 Jan 2017 je tau. Buka dari 11:00 pagi sehingga 12 malam di Kips Mart Senawang.

9 comments:

  1. Macam bestlah pulak bila baca review ni.
    Belum berkesempatan pergi lagi huhuhuhu....

    ReplyDelete
  2. Meriahnyaa dengan makanan. Heheh. Nani tak berkesempatan nak ke sana

    ReplyDelete
  3. Syurga makanan!! Hehe. Tomyam dan thai memang sudah sinonim :)

    ReplyDelete
  4. waaaa.. tunggu buat kat kajang pulak la.. haha

    ReplyDelete
  5. mangga potong RM6.00 speket... nangis nak beli...T_T

    ReplyDelete
  6. Kalau pergi macam semua nak beli hikhi

    ReplyDelete
  7. alahai. memang x dpt gi la, fiza.
    planning lari.
    kebetulan aida da dpt transfer keje melaka balik tau 27 disember tu. frust.
    time buat kat melaka akak keje seremban.
    buat kat seremban, akak da keje melaka plak :( hu hu hu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.