Rancangan Running Man Akan Di Tamatkan
Boleh terima lagi Running Man selepas Gary keluar tapi bila Jong Kook dan Ji Hyo nak keluar juga rasa macam hambar terus Running Man lepas ni. Kemudian, dengar pulak cerita yang Running Man akan di tamatkan terus secara rasminya. Alahaiiii... tak tahu nak kata apa. Hilang satu rancangan favourite setiap minggu. Yelah kan, kalau sorang sorang nak keluar memang tak best la sebab masing-masing minat dengan setiap seorang ahli Running Man. Kira okaylah keputusan tu dari ranking Running Man terus jatuh.
SBS secara rasminya mengumumkan bahawa akan menamatkan rancangan popular mereka, Running Man, pada February 2017.
Awal pagi ini, portal Koreaboo mendedahkan bahawa para pelakon rancangan itu telah berjumpa secara rahsia untuk berbincang meninggalkan rancangan popular itu bersama-sama. Perjumpaan ini dibuat selepas Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook dibuang dari rancangan tersebut tanpa sebarang notis.
Ura-ura mula tersebar bahawa Running Man akan ditamatkan disebabkan perkara tersebut. Malah beberapa media turut melaporkan bahawa SBS telah mengambil keputusan untuk menghentikan rancangan itu dengan episod terakhir pada minggu pertama Januari.
Bagaimanapun, seorang wakil SBS menafikan ura-ura terbabit.
Tidak lama selepas itu, SBS secara rasmi mengumumkan penutupan tersebut menerusi satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu, Running Man tidak lagi akan disiarkan bermula Februari 2017. Musim kedua juga dibatalkan.
"Penerbit dan ahli Running Man telah berkumpul di Seoul hari ini untuk satu perjumpaan dan mengatasi salah faham antara mereka.
"Selepas perbincangan yang mendalam dari dua belah pihak, rancangan ini akan dihentikan pada hujung Februari 2017.
"Bagaimanapun, mereka membuat keputusan untuk tidak menghentikan rancangan itu dengan cara yang sedih. Disebabkan itu kesemua enam ahli, Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Haha, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo and Kim Jong Kook, akan terlibat sekali (dalam rancangan itu).”, kata kenyataan itu.
Sumber: Koreaboo
Tapi Jong Kook dan Ji Hyo akan bersama ahli Running Man sehingga tamat Running Man secara rasmi.
“To show the strength of friendship that was built over 7 years and thinking of the fans who supported Running Man for such a long time I think we have to show them the best finale possible.”
- Kim Jong Kook & Song Ji Hyo
Sejak bertukar PD Production Team baru Running Man saya perasan kurang best sikit dan ranking pun turun. Konsep game dah kurang best dan kurang kelakar berbanding PD yang lama. Sejak terjebak dengan Running Man dulu tak pernah membosankan. Mesti kelakar je. Sesekali episod kurang kelakar tu biasalah. Tapi sejak bertukar PD macam selalu membosankan je rasa pada mulanya. Sekarang je baru macam okay je.
Takpelah kan kalau nak tamat, sekarang pun dah banyak gameshow korea ni sampai tak tahu nak tengok yang mana. Yang saya s layan selain Running Man, K-Pop start yang baru bermula. Itupun K-Pop season terakhir. Lepas ni takde dah. Jadi, lepas ni no more gameshow or variety show korean yang nak di tengok sebab tak layan gameshow lain. Berhuhuhu lepas ni layan Drama Melayu je. Err...
Bye bye Running Man.
sedih gak baca ni..sy pun suka RM. Tu je gameshow Korea sy tengok pun. Nampaknya pas ni kena tengok lain lah..huhu
ReplyDeletekann..gameshow Running Man jugak the best!
Deletealahai...mungkin mereka pun nak meneruskan kerjaya masing-masing...moga semua ahli runningman terus success dalam bidang masing-masing :)
ReplyDeletemungkinlah juga..tak tahu apa terjadi..mungkin kena tukar PD yang lama kot
Deletedh lama citer RM...sygnye kalau stop mcm tu je..favourite kot,hhu
ReplyDeletetak seronok dah lah kan takde RM..huhu
Deletebetul fiza..shida pn suka juga tgk RM..dah terjebak dr husben yg suka dgn kpop..
ReplyDeletebetul fiza..shida pn suka juga tgk RM..dah terjebak dr husben yg suka dgn kpop..
ReplyDelete