Ubat Sakit Gigi
Gigi geraham tu pulak dah terpecah tampalan sebelum ni tapi tak sakit. Jadi biarkan je. Kali ni pulak nak sakit. Cuti umum pulak tu sampai isnin. Memang terpaksa menanggung sakit gigi yang berdenyut-denyut tu je la. Nak buka mulut sakit. Nak mengunyah lagilah sakit. Nak tidur lena jangan haraplah sebab berdenyut sakit tu. Sakit sampai ke kepala dibuatnya. Mood pun boleh bertukar stress terus! Tapi masih sabar dan dalam kepala tu kena fikirkan sesuatu selain sakit. Kalau tak, mesti fikir sakit sakit dan sakit je.
Hari ni baru berkesempatan nak pergi klinik pergigian. Pergi awal pagi tu, kaunter tak bukak lagi sebab dah tak tahan sakit sangat. Dapat jugaklah giliran awal. Cepat juga urusan pagi ni. Lepas doktor gigi check semua gigi dan gigi yang sakit tu. Doktor kata memang kena cabut. Tapi tak boleh cabut hari ni sebab tengah bengkak.
Doktor cadangkan cabut lepas bengkak reda dalam seminggu dan dalam seminggu tu kena makan antibiotik untuk elokkan bengkak dan ubat tahan sakit makan kalau sakit. Alahaiii..kecewa pula dengar tak boleh cabut hari ni sebab malas nak datang lagi dan tak nak tanggung sakit berdenyut-denyut tu. Awal-awal dah bersedia dah sebenarnya untuk tahan sakit cabut gigi tu sebab dah tahu mesti gigi tu akan dicabut.
Jadi, kejap je la urusan settle tapi sakit tu tetap ada. Ye lah, ubat tak makan lagi kan. Makan bubur je la hari ni. Lepas makan terus makan ubat, alhamdulillah reda sikit rasa sakit tu. Harap-harap cepat elok untuk operasi cabut gigi next week. Doktor dah pesan, walaupun tak rasa sakit kena juga datang cabut gigi. Baiklah doktor, saya menurut arahan. Buat sementara ni, ubat sakit gigi antibiotik dan ubat penahan sakit ni la penyelamat sakit gigi.

Harap-harap next week semua okay je. Jangan demam sudah le. Biasanya kalau cabut gigi mesti demam. Masa untuk berehat mungkin. Doakan semuanya dipermudahkan.Aaminn...
Akak pun derita sakit gigi ni. Bengkak jugak, so xleh cabut!
ReplyDeleteLaa ni mkn ubat tahan sakit sampai bengkak hilang. Dah demam dah ni. Tak sabar nak pi cabut gak ni..
bertabahlah kita menghadapi derita sakit gigi. memang tak sabar nak tunggu cabut ni.
Deletesemoga akak cepat sembuh dari demam dan dipermudahkan cabut gigi nanti ye.