Bunga Kalanchoe Blossfeldiana Dah Mula Berkembang
Sejak beli pokok bunga Kalanchoe Blossfeldiana kali kedua ni memang rajinlah memantau perkembangan pokok bunga ni. Tak nak sejarah berulang kembali pokok bunga ni mati sebab tak pandai nak jaga. Dah tahu cara nak jaga barulah boleh beli. Buat masa sekarang ni, daun-daun bawah dia macam dah lecur sikit. Mungkin sebab encik suami siram terkena daun tu. Pokok ni banyak sangat pantang larang nak menjaganya. Tak boleh kena air pada daun atau batang. Kena siram bahagian pangkal pokok sahaja agaknya. itu yang daun jadi lecur. Tak boleh kena air.
Kalanchoe blossfeldiana is a herbaceous and commonly cultivated house plant of the genus Kalanchoe native to Madagascar. It is known by the English common names flaming Katy, Christmas kalanchoe, florist kalanchoe and Madagascar widow's-thrill. WikipediaPokok bunga ni agak sensitif nak jaga. Nak tak nak kena jaga betul-betul sebab bunga dia cantik sangat. Pokok bunga yang rare memang susah nak jaga. Lagi-lagi kalau tak boleh biasakan dengan cuaca. Alhamdulillah dah nampak berkembang bunga Kalanchoe Blossfeldiana ni. Kalau semua berkembang lagi cantik. Salah satu sebab kenapa Fiza suka pokok bunga ni sebab warna pink! Cantikkan bunga dia. Tapi Awas!! Cantik memang cantik tapi berbahaya untuk haiwan yang bernama kucing katanya. Untuk maklumat lanjut tentang bahayanya pada kucing, sila google ye.
Dah pandai jaga, nanti kena belajar macamana nak propagate pokok ni. Tanam banyak-banyak lagi cantik. Itupun kalau ada rezeki pokok bunga ni panjang umur.
Update terkini : 16 Julai 2017, pokok Kalanchoe Blossfeldiana ni mati terus. Rupanya berkembang dan hidup sekejap je tak lama. Semakin hari semakin lecur dan semakin hari sikit-sikit dia mati. Nampaknya memang di takdirkan tak pandai nak jaga pokok ni. Tak perlu lah mengada-ngada nak beli lagi lepas ni. Cukup dah 2 kali beli. Enough is enough.

cantiknya bila dah kembang!
ReplyDelete