Design Kad Jemputan Kahwin Tema Floral

Design kad kahwin zaman sekarang dah ada macam-macam jenis style dah. Kebanyakkannya dah style moden dan bukan lagi design macam dulu yang wajib ada kerawang-kerawang, tepak sirih dan cincin bagai tu. Trend kad kahwin sekarang dari apa yang Fiza perasan, trend kad kahwin bertemakan bunga-bungaan ataupun floral. Sebabnya ramai yang tempah design kad nak ada bunga-bunga. Sesuailah dengan tema raja sehari yang sedang berbunga-bunga cinta.

Design untuk kad kahwin tema floral
ni kebiasaanya ringkas je. Penggunaan background putih sangat sesuai digabungkan dengan bunga-bunga berwarna warni. Bunga-bunga pun tak crowded sangat dan tak mengganggu tulisan yang ada. Just nice. Sedap mata memandang sambil membaca jemputan. Betul tak?

 Cover Hadapan

Bunga-bunga di sebelah atas kiri dan sebelah kanan bawah nampak lebih style sikit jika dibandingkan letak di tengah atas dan bawah. Sama macam page dalam pula kan. Jadi, letak di penjuru lebih menarik. Ruang tengah boleh digunakan untuk letak nama dan date kedua-dua majlis. Fiza gunakan font yang fancy nampak lebih cantik dan menarik.

Halaman pertama

Dimulakan dengan jemputan pihak perempuan. Menggunakan tema bunga yang sama tapi posisi di atas dan dibawah.

Halaman Kedua

Design yang sama seperti muka pertama cuma ubah beberapa maklumat untuk jemputan majlis pihak lelaki.

Belakang

Pada bahagian belakang gabungkan kedua-dua peta untuk  ke majlis kedua-dua pihak. Bahagian peta ni agak merumitkan nak melukis semula peta yang ada. Janji ada landmark yang penting untuk memudahkan tetamu mencari rumah pengantin.



Siap sudah kad jemputan bertemakan bunga-bungaan untuk adik ipar Fiza. Semoga majlis berjalan dengan lancar. Ke Kedah ke kita nanti ye.

Berminat untuk tempah kad jemputan kahwin design bunga-bunga cinta macam ni, boleh terus contact Fiza. Boleh contact melalui email : azhafizahmdnor@gmail.com ataupun contact melalui media sosial pun boleh. Nanti lepas tu perbincangan lebih lanjut boleh melalui whatsapp lebih mudah dan mempercepatkan kerja tempahan siap. Nak tanya sahaja pun boleh juga. Mana lah tahu kau orang nak survey dulu kan.

3 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.