Hiking Gunung Datuk Kali Kedua

Eh, tak serik ke haritu lutut dah rabak masa turun Gunung Datuk? Ye, tak serik lansung dan mungkin inilah kali kedua dah terakhir mungkin. Dah dah lepas ni jangan ajak lagi ye. Kalau hiking lagi tu maknanya termakan pujuk rayu lah tu. Hehe.. 

Kalau kali pertama hiking dengan encik suami dan buat kali kedua ni hiking dengan hikers tegar kawan encik suami. Dorang ni laju kalau naik bukit ke gunung ke tak terlarat mengejar.

Disebabkan kejadian yang lepas, kali ni hiking bawa bekalan air lebih sikit dan stretching betul-betul. Harap-harap sejarah tak berulang. Hari tu dorang sampai awal kat puncak mula hiking jam 8.00 pagi. 

Saya dan encik suami mula hiking dalam jam 8.20 pagi mengikut masa di pos pengawal dengan bayaran RM5 seorang. Alhamdulillah hiking kali ni saya kurang berhenti dan kurang semput. Penat tu perkara biasalah kan kalau hiking. 

Laju sikitlah perjalanan kali ni. Mungkin di sebabkan baru-baru ni lepas Hiking Gunung Lambak. Jadi, otot tak terkejut lah tiba-tiba hiking tu. Lagipun cuaca sedang elok sebab malamnya hari hujan. Sejuk sikit dan tak terasa penat sangat.

Mujurlah hari ni agak kurang hikers naik Gunung Datuk ni. Jadi, tak perlu nak beratur lama naik ke puncak. Sampai kat puncak geng encik suami dah sampai jam 10.00 pagi kat puncak. 2jam je dorang sampai puncak. 

Saya dan encik suami sampai puncak jam menunjukkan hampir 11.00 pagi. Ambil masa 2 jam lebih dan rasa macam cepat pulak sampai dari yang sebelum ni ambil masa 3 jam lebih. Kira okaylah untuk rekod peribadi diri sendiri.

Disebabkan tak berapa nak ramai hari ni, dapatlah berlama-lama sikit kat atas puncak sambil layan angin kuat yang sejuk. Memang syok dok atas puncak ni layan angin kuat. Alhamdulillah cuaca tak panas. Itu yang tak terasa penat sangat. 

Lama juga lepak kat atas puncak ni layan view, menyembang dan of courselah layan  bergambar. Layan view puncak Gunung Datuk. Gigil juga nak berdiri dengan angin yang kuat ni.

Gunung Datuk

Gunung Datuk

Melayan angin yang mengganas. Bukan lagi sepoi-sepoi bahasa. 

Gunung Datuk

Sebelum turun sempat ambil gambar kat sini tandanya dah berjaya sampai puncak. 

Gunung Datuk

Jam 12 tengahari baru kami turun sebab masa ni macam nak hujan lebat je. Masa turun pun dah rintik-rintik dah. Kena cepat turun, kalau hujan lagi mencabar pulak nak turun takur trail licin. 

Tak pasal-pasal macam lembu berkubang nanti. Setengah perjalanan turun, kaki saya sakit tapi saya kurang berhenti juga. Kaki ni kalau dilayan sakit, lagi lama berhenti lagi sakit dibuatnya. 

Kali ni, saya teruskan je perjalanan. Kurang sikit rasa pressure kaki sebab adanya sokongan tongkat sakti. Bagus juga beli hiking pole haritu kat sportdirect.com. Besar jasanya pada saya.

Sampai kaki gunung dalam jam 2.30 petang. Jadi, rekod saya turun 2 jam lebih untuk hari ni. Yeay! Rekod terbaik untuk kali kedua ni.

Salah satu sebab kenapa tak pernah serik hiking Gunung Datuk ni sebab view puncak yang Subhanallah cantik! Memang hikers suka hiking Gunung Datuk disebabkan view macam ni. Mungkinkah akan ada kali ketiga? 

Plan nak hiking Bukit Broga untuk kali kelima pulak. Katanya sekarang dah ada trail yang baru yang lebih mencabar. Kena cuba tu! Ayuh panjat! Siapa yang suka hiking juga tu, sila la suggest bukit atau gunung yang best. Terima kasih 

17 comments:

  1. bestnya! akak sejak panjat broga hari tu teringin lagi nak hiking. penat memang penat tapi bila sampai puncak tu satu kepuasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali dah hiking mesti nak hiking lagi kan. Memang puas kalau sampai puncak.

      Delete
  2. setakat ni saya hiking bukit kutu dgn bukit batu putih je. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin juga nak naik Bukit Kutu tu. Agak mencabar dan ambil masa lama jugak kan nak sampai puncak. Bukit batu putih dan sampai dan mungkin akan hiking lagi sebab view dia cantik dan boleh mandi manda kat laut biru bawah tu kan :)

      Delete
    2. betul! nama je bukit padahal gunung TT. haha, tu pun setelah sekian lama saya tinggalkan aktiviti hiking tetiba panjat bukit kutu. nak tak nak gagah jugak naik sebab teringin. haha

      Delete
  3. nak hiking kalo xda klengkapan dari segi fizikal mmg rasa nak fengsan la jawab ny tp bila smpai ke tempat nak tuju tu mmg rasa puas =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak bersedia apa-apa terus nak hiking memang boleh pitam kak. Jadi sebelum hiking tu kena bersedia dengan fizikal yang sihat dan mental yg kuat.

      Delete
  4. hebat fiza mampu nak hiking.. yui ni tak sure sbb yui ada masalah pada buku lali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mampu sementara masih kuat yui.. takpe Yui, tak sesuai untuk hiking kalau macam tu. Boleh buat aktiviti lain :)

      Delete
  5. bestnya.. bila la nak join hiking ni jugak

    ReplyDelete
  6. hiking ni orang kata ketagih tau Fiza..hehe

    ReplyDelete
  7. Bestnya hiking!! Siqah tahun ni nak hiking jugak. First nak kena g Broga dulu. Hahaha.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.