Main Belon Buih di Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO)
Sampai-sampai je of courselah ambil gambar dulu. Kat sini ada bermacam-macam gerai jualan. Ada permainan belon buih, layang-layang dan pelbagai jenis makanan. Mak dengan abah berjalan tengok-tengok apa yang boleh dibeli. Anak dan cucu tak sudah-sudah bergambar.
Kebetulan sebelah tempat parking kereta tu ada kedai sewa permainan belon buih tu. 3 batang sewa RM5. Bila ada 3 berebut nak main. Yang besar pun berebut sama nak main. Sudahnya beli lagi 3 batang. Dapatlah ramai-ramai main belon buih tu.
Tiba-tiba yang besar jadi budak kecik kejap.
Ucu dia ni memang excited mengalahkan anak-anak buah dia. Dah penat baru pandai nak bagi peluang kat orang lain main. Hahaha. Seronok datang sini dengan keluarga. Bersantai ambil angin pantai petang-petang memang syok. Tapi sediakanlah duit lebih sebab banyak makanan dan permainan kat sini. Duduk lama-lama kat sini habis pulak duitnya. Nak datang sini berkelah pun best juga sebab ada disediakan gazebo tapi macam nampak satu je gazebo.
Masa ni tengah air pasang. Main air tepi tangga ni je la. Permandangan tepi pantai memang cantik. Datang sini lagi boleh singgah lama sikit. Tak puas!
teringat makan mee udang dekat sini. lepas tue tgk sunset. bestnya
ReplyDeletesaya pergi sana makan mee udang..hehe
ReplyDelete