Mendaki Gunung Lambak, Kluang
Sebelum bercuti di mana-mana, macam biasa google dulu tempat-tempat menarik yang ada. Salah satu tempat menarik di Kluang yang berjaya mencuri hati kami adalah Gunung Lambak, Kluang.
Apa yang ada kat Gunung Lambak ni? Bagi pencinta gunung dan bukit yang suka mendaki tu of courselah tempat menarik untuk menawan puncak. Tapi Gunung Lambak ni sesuai je untuk aktiviti family beriadah.
Memandangkan Gunung Lambak tak jauh dari Hotel Setia. Belakang Hotel je pun. Makanya, tak lepaskan peluang mendaki Gunung Lambak sebagai aktiviti permulaan percutian yang singkat. Dah tak tahu nak kemana kan. jadi, kita buat aktiviti yang sihat dulu.
Ini view Gunung Lambak dari jauh. Paling tinggi tu Gunung Lambak. Ada pencawang atas tu tapi ditenggelami oleh awan pulak masa ni.
Belum sarapan lagi sebab stay hotel tak included breakfast. Lagipun malas nak makan berat-berat takut perut meragam masa mendaki nanti.
Sampai Gunung Lambak terus parking kereta. Pagi-pagi kereta agak banyak. Kalau bernasib baik dapatlah parking dekat sikit.
Sangat meriah suasana pagi kat sini. Ramai warga emas kaum Cina beriadah kat sini. Paling ramai buat aktiviti Tai Chi lah.
Sebelum mendaki panaskan badan sikit. Biar urat dan otot-otot tak terkejut tiba-tiba kena kerja kuat pulak hari ni. Kamiorang mulakan pendakian dalam pukul 7.30 pagi.
Excited tengok semangat dorang pagi-pagi dengan aktiviti yang sihat. Okay, jom kita mulakan pendakian. Pendakian bermula dengan jalan tar. Lepas jalan tar tu, korang akan jumpa jambatan gantung.
Agak panjang juga trail simen ni sampai lah jumpa kolam air ada air panjut ni. Sebelum sampai ke sini di sebelah kanan ada taman herba dan sebelah kiri taman bunga. Saya tak snap sebab macam tamannya dah tak menarik. Mungkin sebab tak terjaga dah.
Sampai kat kolam ni, rehat dulu untuk stretching dan ambil gambar lah of course! Kemudian rehat kejap. Habiskan masa dalam 10-15minit kat sini.
Dah puas berehat, sambung balik pendakian. Nampak je trail ni terus rasa macam semangat hilang tiba-tiba. Ye lah, tadi trail jalan tar dan simen je. Memang mudah.
Sebelum mendaki panaskan badan sikit. Biar urat dan otot-otot tak terkejut tiba-tiba kena kerja kuat pulak hari ni. Kamiorang mulakan pendakian dalam pukul 7.30 pagi.
Selepas jambatan gantung akan jumpa jalan tar semula dan kemudian trail simen ni.
Sampai kat kolam ni, rehat dulu untuk stretching dan ambil gambar lah of course! Kemudian rehat kejap. Habiskan masa dalam 10-15minit kat sini.
Dah puas berehat, sambung balik pendakian. Nampak je trail ni terus rasa macam semangat hilang tiba-tiba. Ye lah, tadi trail jalan tar dan simen je. Memang mudah.
Itupun mengah dah sebab lama tak buat aktiviti hiking ni. Workout pun kelaut. Sekarang dah nampak cabarannya.
Makin lama mendaki makin parah trail dia. Kalau dah biasa daki memang perkara biasalah tu kan. Trail ni masih okay lagi lah. Kaki pun masih kuat. Berhenti-berhenti tu perkara biasa.
Daki punya daki, sampailah ke tempat signboard ni. Kiranya dah separuh pendakian lah gitu. Legaaaa...Sebenarnya nak mendaki dan turun dari Gunung lambak ni banyak jalannya. Macam dalam peta ni saya ikut yang sebelah kiri tu yang ada gambar pondok kecil tu.
Selepas 2 jam lebih mendaki. Dari pukul 7:30 pagi dan sampai puncak dekat nak pukul 10 pagi. Kalau pendaki tegar ni kurang sejam dah sampai dah. Berlari agaknya naik gunung. Beginner pun sejam lebih je sampai puncak. Tapi Fiza haruslah kena lebih masa kalau nak sampai puncak. Tambah sejam! Biar lambat asal selamat.
Dah sampai puncak, kalau tak bergambar memang rugi. Bukan senang nak sampai puncak menikmati permandangan bandar Kluang dari puncak gunung. Tapi tak nampak sangat pun permandangannya sebab banyak pokok tepi-tepi puncak ni.
Puncak Gunung Lambak tak berapa tak menarik tapi puas hati sampai puncak. Kat puncak ni ada pencawang. Pencawang apa tak sempat nak kaji. Sila google kalau nak tahu. Siapa tahu, boleh komen kat bawah.
Tahniah untuk kamiorang yang berjaya sampai puncak!
Ketinggian : 510M | 1673 ft
Ketinggian : 510M | 1673 ft
Antara tempat yang menarik untuk berposing kat puncak ni dengan memanjat tiang. Gigih tau panjat walaupun tengah panas! Nak kata jakun pun jakun lah. Konon nak nampak view yang cantik.
Settle bab posing bergambar kat puncak tu sampai lupa nak makan. Perut dah kosong dah. Alas perut dengan coklat dan minum air dulu. Dalam pukul 10.15pagi macam tu terus gerak turun. Sampai kat Kolam ada warung teh tu, jalan depan sikit ada 2 laluan.
Satu laluan masa naik tadi, satu lagi laluan trail mudah yang landai je. Disebabkan kaki dah mula sakit, jadi saya ajak husband ikut jalan landai ni ni walaupun jauh sikit tapi better than trail masa naik tadi.
Laluan landai ni agak jauh juga tapi berjalan santai je turun bukit. Lepas tu akan jumpa jalan tar semula kawasan resort/chalet yang dah terbengkalai. Lepas melalui kawasan tu, barulah sampai ke tempat parking kereta.
Alhamdulillah... sampai bawah dalam pukul 12 tengahari. Turun ambil masa ambil 1 jam lebih. Okaylah tu kan. Penat yang puas hati.
Selain mendaki dan beriadah. Ada waterpark juga kat sini. Best juga datang Gunung Lambak ni. Paling best dapat mendaki sampai puncak. Kalau datang semata-mata untuk mendaki memang taklah kan.
Selain mendaki dan beriadah. Ada waterpark juga kat sini. Best juga datang Gunung Lambak ni. Paling best dapat mendaki sampai puncak. Kalau datang semata-mata untuk mendaki memang taklah kan.
Dah alang-alang ada di Kluang ni, kita cuba je hiking. Jangan lepaskan peluang. Korang yang nak bercuti tu, bolehlah cuba datang Gunung Lambak ni ye. Parking free dan mendaki pun free je. Have fun!
wahh, best! bagus untuk sesape nak start hiking, bermula dengan gunung berketinggian macam gunung lambak untuk training...bley dah tu praktis utk gunung kinabalu..hehe
ReplyDeleteTAHNIAH !!!!
ReplyDeletetenang ny tgk view nature =)
pernah sekali je ke sana..tapi takdelah naik atas..semput....
ReplyDeletemenarik!
ReplyDeletekekecik dulu aida biasa ke kluang. umah mak angkat.
biasa nampak word gunung lambak ni kat bas.
ingat kan nama tempat aje. rupa nyer wujud gunung nyer...
tq for sharing, fiza.
akak pernah daki gunung lambak ni, tahun 2008! laluan dia memang mencabar sikit.
ReplyDeleteDatang tengok review, sebab plan nak hiking sini , inshaALLAH hujung bulan...
ReplyDeleteBagi tips sikit..hehe