Sarapan di Kluang Rail Coffee
Dah lama target dah, "Kalau sampai Kluang wajib makan di Kluang Rail Coffee ni". Haa nampak tak fiza highlight warna merah tu. Maksudnya memang wajib datang! Alhamdulillah hari kedua bercuti di Kluang dapat menikmati kesedapan menu sarapan pagi di Kluang Rail Coffee yang orang dok canang sedap tu. Salah satu tempat popular di Kluang.
Macam biasa gunakan perkhidmatan Encik waze dan terus sampai sini. Sebenarnya Kluang Rail Coffee ni ada banyak cawangan di Kluang. Petang hari pertama tu Fiza ada singgah Kluang Rail Coffee berdekatan dengan Kluang Mall tapi kecewa tak dapat merasa sebab ramai orang. Baru je nak mengopi minum petang. Lepas tu terlupa nak tapau pulak kan. Jadi, hari kedua baru singgah ke cawangan di Stesen Keretapi Kluang tu. Kat sini hanya untuk sarapan dan buka sampai 12:30 tengahari je.
Sampai-sampai je memang penuh. Terpaksalah tunggu sekejap sementara ada yang dah nak habis makan. Tak sampai 5 minit tunggu, alhamdulillah ada yang dah siap makan dapatlah tempat duduk. Tak tahu nak order ape. Order yang biasa-biasa je untuk sarapan. Fiza order nasi lemak dan teh tarik. Husband pun order nasi lemak, air milo dan roti bun marjerin kaya. Total semua ni RM7.
Nasi lemak comel ni harga dia RM0.90 sen. Isi pun comel tapi sedap dan mampu mengenyangkan perut waktu pagi. Kalau tak cukup orderlah dua ye.
Roti bun Marjerin Kaya dia memang sedap. Inti marjerin kaya dia melting in my mouth. Roti lembut dan fluffy. Tak puas makan satu bun. Makan sarapan pagi kat sini kejap je sebab ada yang sedang menunggu tempat duduk kosong. Baliklah kami dengan muka happy sebab dapat rasa menu yang sedap di Kluang Rail Coffee ni.
Sebelum gerak balik pergi Stesen Keretapi tu nak tapau roti bun tapi dah terlewat. Tutup! Terus pergi Kluang Rail Coffee berdekatan Kluang Mall tu tapau roti bun. Untuk buat bekalan makan dalam kereta sementara tunggu makan tengahari. Lain kali datang Kluang kena tapau lebih ni.
Jangan lupa singgah makan kat Kluang Rail Coffee kalau singgah di Kluang. Gerenti tak menyesal.
Lokasi 1
Stesen Keretapi 86000 Kluang, Johor.
Stesen Keretapi 86000 Kluang, Johor.
7am – 12:30pm | 2:30pm – 6pm
Hari Khamis Tutup.
Lokasi 2
20 & 21, (1st Floor & Ground Floor),
Jalan Tasik 1, Pusat Perniagaan Tasik,
86000 Kluang, Johor.
7am – 10:30pm buka setiap hari
Lokasi 3
No.44 & 46, Jalan Duku,
86000 Kluang, Johor
Isnin-Khamis, 8am – 7pm
Jumaat-Ahad, 8am – 10pm
aritu incek hubby ckp ujg bulan ni nak bawak g makan kat sini...bln lepas dia kusus kat situ..sedap katanya..pemes kat kluang..x sure yg ni or ade tmpt lain.. eeghehe x sabar nak gi.. hehe...
ReplyDelete