Cara Cuci Sayur Brokoli Yang Betul
Baru-baru ni ramai yang kongsikan cerita tentang cara cuci sayur brokoli yang betul sebetulnya. Fiza percaya yang antara kita memasak di rumah mencuci sayur sekadar cuci dengan air sahaja. Biasanya kalau Fiza masak sayur di rumah sebelum cuci Fiza gaulkan dengan garam dulu baru basuh dan kadang-kadang rendam sekejap sebelum toskan. Tapi sebenarnya ada cara yang betul dan terbaik untuk cuci sayur brokoli. Tujuannya untuk membuang segala ulat-ulat yang ada pada celah-celah sayur brokoli tu.
Agak terkejut juga sebenarnya bila melihat hasil cucian brokoli dengan betul tu. Memang banyak ulat-ulat kecil keluar dari celah-celah brokoli selepas di rendam dengan air garam selama 30 minit sehingga 1 jam. Untuk penggemar sayur macam Fiza ni jadi macam taknak makan sayur brokoli dah rasanya sebab geli tengok ulat-ulat yang keluar tu. Ulat -ulat tu kecil je macam kutu dan berwarna hijau. Tak hairanlah selama ni cuci guna air pun nampak macam dah cuci bersih je kan sebab tak nampak ulat-ulat tu dicelah-celah brokoli hijau tu.
Kiranya selama ni dapat makan protein free la dari ulat-ulat tu. Adooii kembang pulak tekak ni. Ibu-ibu yang buat puri brokoli tu mesti rasa bersalah sebelum ni tak cuci brokoli dengan betul kan. Dah dah, benda dah lepas. Jadi, lepas ni kalau nak cuci sayur tu cucilah sebersih-bersihnya. Lagi-lagi nak bagi baby makan tu.
Jangan pulak lepas ni korang boikot sayur brokoli tu. Makan je macam biasa, tak payah nak buang masa bayangkan ulat-ulat tu. Yang penting, korang cuci sayur brokoli tu dengan betul. Cara cuci sayur brokoli dengan betul.
Potong-potong brokoli kepada bahagian kecil-kecil. Kemudian rendamkan sayur brokoli dengan air garam selama 30minit sehingga 1 jam. Ada Fiza baca tips lain, ada juga yang letakkan cuka bersama air garam tu untuk lebih berkesan membuang ulat-ulat sayur tu.
Cuba bayangkan kalau kita tak cuci betul-betul sayur yang kita masak tu. Mesti banyak ulat yang kita dah makan kan. Tak nak bayangkan! Lepas ni tak kira apa jua jenis sayur atau bahan mentah untuk di masak tu kena cuci sampai bersih barulah lebih selamat untuk di makan.
Kredit image dan info : Fieza Nelson
tips yang bagus nih utk dicuba.
ReplyDeleteYe, sila cuba kalau nak masak sayur brokoli dan juga sayur lain.
DeleteAlahai...
ReplyDeleteBaru semalam makan sayur ni...
yang berlalu biarkan berlalu. yang penting lepas ni kena make sure dicuci bersih :)
DeleteAlamak !! Selalunya bersih brokoli guna aie paip biasa jew ..tips bguna ni.lepas ni klw beli brokoli make sure rendam air garam dlu .. thanks sharing info ya sis
ReplyDeletesama²..next time boleh pratiskan cara ni
DeleteGeli pula tengok mcm tu, haritu makan brocoli banyak kat shellout, huhuuhuhuhuhuhuhuhu, tidakkkk!!!! Harap depa cuci bersih2lah
ReplyDeletekann..geli tengok. takpe, kita bersangka baik. kedai makan mesti lagi besih kan :)
DeleteKuhh tips yang berguna untuk semua hihi.. Saya tahu makan saja hikhik..
ReplyDeletejemput baca entri saya ye kak :)
Kerja Dari Rumah Dengan iLancee
yakin bersih gitu ye :)
Deletebnyknya kak. geli tngok binatang hijau tu. busyra ada baca jgk tips ni dkt fb tp belum cuba sndri lg. ni dh tgok akak buat ni. rasa mcm emm.. selama ni rupanya main basuh macam tu ja. haha.
ReplyDeletekannn..dok terfikir selama ni main basuh je.tak tahu nak rasa apa dah.
Deletealahai, geli pulak tgk ulat brokoli tu. mmg sayur feveret ni kat rmh
ReplyDeletesamalah kak..kena cuci bersih lepas ni
DeleteAlomokkkk.. adehhh dushhh!! Geli la pulak nak makan lepas ni.. Sblm ni basuh camtu aje.. Eyakkkk..
ReplyDeletepasni basuh bersih² ye :)
Deleterupa mcm kutu pun ada !!!! mak !! Ju suka brokoli tp jarang sekali masak sb hby xsuka jenis syur ni. sebelum ni kalo ju masak pun, rendam garam tp xsmpai 30 mnit atau 1 jam. rendam kejap shja.. huhu
ReplyDeleteitulah nampak macam kutu. takpelah, lepas ni rendam lama sikit :)
Deleteselalunya sy rendam semua sayur dengan garam dlm 30 minit. baru semalam try rendam guna cuka 😄
ReplyDeleteohh baguslah kalau biasa macam tu :)
DeleteAssalammualaikum.. Sis..
ReplyDeleteNi gambar2 dr post saya tahun 2017.. Alhamdulillah.. Semoga jd perkongsian bermanfaat utk semua..
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212330559045429&id=1423007293
https://siraplimau.com/cara-mudah-membersihkan-sayur-brokoli-elak-ulat-yang-menggelikan/
Tgk link ni 👆🏽
Waalaikumussalam..
DeleteHai Kak, saya dah letak kredit pada bawah sekali cuma tak ada link je. Okay baik, nanti sy letakkan link akak okay. Terima kasih :)
Maaf kak, first link tu not found. Takpe, saya link kan terus ke fb akak je. Boleh?
Delete