Cara Tabur Garam Salt Bae Yang Ada Gaya


Selamat pagi semua orang. Hai instagrammer! mesti korang sangat tahu apa yang trending dan apa yang viral di instagram kan? Salah satu yang tengah viral teruk dan trending tentang Salt Bae. Merata orang dok tiru cara tabur garam Salt Bae yang ada gaya tersendiri dan upload dalam instagram masing-masing. Tak ketinggalan Tengku Puan Pahang pun pernah buat gaya macam Salt Bae ni masa memasak untuk mangsa banjir di Pahang. 
Salt Bae adalah gelaran yang diberikan kepada seorang chef iaitu pemilik restoran dari Turki bernama Nusret Gökçe @nusr_et selepas videonya menyediakan steak Ottoman menjadi viral. Video tersebut viral disebabkan gerakan gaya yang dilakukannya ketika menabur garam pada daging dengan mengambil secubit garam dan menaburkannya dengan tangan terangkat seperti gerakan tarian india. 

Maksud Salt Bae

The word ‘bae’ is colloquially used as a shortened version of the word ‘babe’ or ‘baby’. However, despite Nusret’s loving tendency towards his meat, the word ‘bae’ is actually an acronym. Salt Bae can be translated to ‘salt before anyone else’.- Kredit : thesun

Nah, ini dia cara tabur garam Salt Bae yang menjadi viral tu. Kemain lentik lagi jari jemari dan tangan menggayakannya. Tabur garam je pun tapi gayanya yang melebih-lebih. Itu yang sampai jadi viral.

Kredit:google

Disebabkan gaya tabur garam Salt Bae yang unik ni selain menjadi viral dan ikutan seluruh dunia, gaya Salt Bae telah dilukis menjadi mural dinding di Melbourne, Australia. Pemain bola juga tidak ketinggalan mengikut gaya Salt Bae. Jangan tak tahu, gaya Salt Bae juga telah di jadikan cetakan di Tshirt. Betul-betul fenomena Salt Bae. Semua nak acah-acah Salt Bae kononnya. Selain gerakan tangan yang menarik, kisah hidup Salt Bae juga menarik untuk dikongsikan. Boleh dijadikan inspirasi untuk menjadi seorang yang berjaya.

Kisah hidup Salt Bae

Nusret, 34, memiliki rangkaian restoran steak disebut Nusr-et di Turki dan di beberapa bandar di Dubai dan Abu Dhabi. Dia juga memulakan perniagaan pembinaan di Riyadh dan merancang untuk membuka beberapa restoran di London, Berlin dan New York.
Dia berkata dia sengaja memberikan tanda penghubung dalam namanya untuk kata "et" sebagai penekanan kata daging dalam Bahasa Turki. Nusret sendiri bererti kemenangan. Nusret berkata jika budaya kerjanya adalah kunci dari keberhasilannya. Dia hanya sekolah hingga usia 5 tahun. Dia tidak punya wang untuk meneruskan sekolah dan tumbuh besar dalam kemiskinan.
"Sejak saya usia 14 tahun, saya bekerja lebih dari 13 jam per hari sebagai pembantu di dapur untuk seorang pemotong daging. Hidupnya saya tidak berubah sekarang. Saya masih bekerja dari pagi hingga tengah malam, "ujarnya.
Pada usia 27, dia mengumpulkan wang simpanannya dan membuka restoran pertamanya di Istanbul. Di restoran itu hanya ada lapan meja dan 10 pegawai. Dia mengembara ke negara-negara pengeksport daging.
"Saya selalu berharap dan berharap untuk membuka sebuah restoran," katanya.
"Tanpa wang yang banyak, saya pergi ke Argentina untuk melihat industri daging dan selepas itu, saya ingin pergi ke Amerika Syarikat, tapi visa saya ditolak lima atau enam kali, tapi saya tidak pernah berputus asa," terang Nusret.
Nusret berkata jika dia akhirnya memperoleh visa tiga bulan untuk pergi ke Amerika Syarikat pada akhir 2009. Pada 2017, sekarang nusret mempunyai 9 restoran dan 600 pegawai dan menggaji empat saudaranya.
"Saya memperoleh semua motivasi saya dari para pelanggan," ujarnya.
Nusret berkata usahanya membuka cawangan di New York akan menjadi penentu sama ada dia benar-benar berjaya atau gagal. "Hal itu menunjukkan jika saya sebuah brand antarabangsa jika saya membuka di New York," tutur Nusret.
"Di New York, ada banyak restoran steak. Kami ingin menunjukkan jika Nusr-et berbeza dengan yang lain dalam hal perkhidmatan, kualiti daging dan hubungan dengan para pelanggan, "tambahnya.
Jika kehadirannya di internet menjadi indikasi dari statusnya, maka Nusret berada di puncak dunia. Videonya sendiri menjadi viral di media sosial. Dan banyak orang mula meniru gerakannya menabur garam dan  banyak orang mulai meniru gerakannya menabur garam.-Kredit : timlo

Haruslah kagum dengan Kejayaan Salt Bae ni. Bukan calang-calang orang ni. Dah viral barulah tahu kisah hidup seseorang kan. 

6 comments:

  1. Haha..macam ni layak lah kalau nak viral.bukan macam kat Malaysia, orang pelat je yang diviralkan

    ReplyDelete
  2. tak pernah tau pasal dia...tabur garam pun ada style kan..haha

    ReplyDelete
  3. tabur garam pun ade skill ekk..kikikii
    kita ni tabur sesuka hati jer janji cukup masin dalam masakan..ekekek :p

    ReplyDelete
  4. Pernah jugak tengok video tabur garam macamtu. Pastu terfikir, kalau saya buat rasanya habis terkena siku dah.. Haha

    ReplyDelete
  5. kurg pdidikan atau tcicir di bangku skolah bukan alasan utk kita tidak berjaya spt org lain yg ada peluang utk tamatkan pelajaran =)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.