Design Kad Jemputan Majlis Tahlil dan Akikah


Selamat petang! Disebabkan semalam cuti, terasa macam hari ni masih bercuti lagi. Bajet macam weekend gitu. Ada yang sambung cuti sampai ahad ke? Syoklah cuti lama kan. Kira long weekend lah. Fiza masih mengerjakan kerja-kerja yang masih belum settle. Sangat lega dapat siapkan kerja satu persatu. Kalau tengok senarai kerja memang rasa nak pengsan! Otak terus beku!

Alhamdulillah dapat uruskan kerja sebaiknya. Cuma kekadang memang stress sebab takde idea. Perkara biasa kalau takde idea tu. Nak tak nak memang kena fikir sampai ada idea. Siap satu kerja design kad jemputan majlis tahlil dan akikah untuk adik Nur Qurratul Ain. Tempahan dari ex-schoolmate macam biasa yang dah jadi client tetap Fiza dah.

Disebabkan dia cuma berikan maklumat majlis. Tu tandanya Fiza kena fikirkan tema sendiri dan design. Untuk baby girl, biasanya Fiza akan pilih warna soft dan kebiasaannya Fiza akan pilih warna pink. Of course lah kan. Tema floral yang tak berapa floral. Kira sesuailah kot untuk gabungan kedua majlis tu. 



Macam biasa, kalau dengan kawan Fiza ni biasanya first draft je dah okay dah. Sangat memudahkan kerja. Thanks kawan! Semoga majlis berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Aaminn...


5 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.