Kopi Panas Atau Sejuk
Fiza pulak hari ni tak kemana pun. Bila masa cuti, macam biasalah teman husband buat kerja. Kerja Fiza ni 24/7. Masa rehat tu tak tahu bila. Sebab tu bila dah penat dengan segala macam benda, Fiza ambil masa rehat lama sikit. Balas dendam!
Pagi-pagi biasanya korang breakfast apa? Maksud Fiza air yang biasa korang minum masa breakfast? Ada orang suka minum air kosong je. Baguslah kalau Fiza ada tekak macam tu nak minum air kosong je. Tapi tak! Tekak ni suka minum air kopi je. Pencinta kopilah katakan. Sehari tanpa kopi macam tak best je. Tapi kalau takde kopi, wajib minum minuman panas macam air milo ke teh o ke susu ke.
Lagi satu kalau minum kopi Fiza lebih suka yang panas. Barulah rasa nikmat kopi tu. Husband pulak suka minum yang sejuk. Tapi kalau kopi sejuk Fiza suka Kopi Tarik Wonda ni. Memang sedap! Setakat ni takde jumpa kopi dalam tin yang sedap! Lagi sedap diminum sejuk-sejuk. Tapi kalau hujan lagi syok minum kopi panas kan. So, ikut keadaan la gitu.
Kalau ikut husband, mesti ada dua minuman ni atas meja. Kopi panas dan kopi sejuk. Air kopi panas vending machine je. Dulu 60 sen sekarang dah RM1 tu. Semua benda pun nak naik harga. =__='
kopi tarik wanda tu sedap...kalau original kopi memang suka panas...
ReplyDeletecik nor klu xde air coklat panas..air mask biasa pn boleh..hehe
ReplyDeletedr 060 sen ke rm 1 huhuhu
ReplyDelete