Pau Cendawan Viral Kemek
Disebabkan dah viral kat satu tempat tu, peluang warga negeri yang lain nak merasa tu memang di tahap yang tak payah berharaplah kan. Dengan tu, viral pulak resepi pau cendawan viral. Dah ramai yang pandai buat, lepas tu berniaga pau cendawan viral frozen. Dapatlah yang lain merasa. Dah ada yang frozen pun Fiza tak beli-beli. Ikutkan rasa hati memang nak beli tapi bila difikirkan faktor jauh untuk delivery makanan baik lupakan dulu keinginan tu.
Kebetulan baru-baru ni dalam perjalanan ke Bangi nak singgah beli kuih kononnya. Nampak pulak pau cendawan viral ni di jual di tepi jalan. Husband pun singgahlah beli. Fiza pesan beli satu je sebab nak rasa je memandangkan harga pau cendawan ni bukan harga biasa-biasa. Harga dia terlebih biasa, maksudnya mahal sedikitlah. RM3.50 untuk sebiji pau.
Mengikut dari pemahaman Fiza inti pau cendawan ni macam sos carbonara dan ada cendawan gitu. Betul tak yang Fiza faham? Itu yang buat teruja nak rasa sebab suka dengan rasa carbonara tu. Sampai je pau cendawan di tangan, masih panas lagi. Memang sedap makan pau panas. Tapi sayang pau cendawan ni kemek. Tak gebu macam pau lain walaupun masih panas keluar dari pengukus.
Kemek pun kemeklah janji ada makanan untuk mengisi perut yang tengah lapar. Gigitan pertama "Eh, mana intinya?" Dapat agak dah intinya tak banyak mana. Lupa nak ambil gambar masa ni sebab dah lapar punya pasal kan. Ngap je la walaupun hanya dapat makan inti bila dah gigit sampai tengah. Kuah sos pun macam tak berapa nak ada. Isi cendawan satu pun takde! Yang ada cebisan daging ayam yang macam takde rasa. Merajuk terus dengan pau cendawan ni.
Nama je pau cendawan, cendawan pun takdak! Husband pulak terbeli dua, bajet macam sedap lah kan. Rasa rugi betul beli dua tu. Takpelah, dah rezeki penjual. Anggap je gitu. Susah nak jumpa peniaga yang betul-betul berniaga untuk memuaskan tekak pelanggan. Yang berniaga tahu untung je la. Tak semua tapi kebanyakkannya macam tu yang kita jumpa kan. Sabar je la. Disebabkan faktor barang naik harga, ini jugalah jadinya.
Nama je pau cendawan, cendawan pun takdak! Husband pulak terbeli dua, bajet macam sedap lah kan. Rasa rugi betul beli dua tu. Takpelah, dah rezeki penjual. Anggap je gitu. Susah nak jumpa peniaga yang betul-betul berniaga untuk memuaskan tekak pelanggan. Yang berniaga tahu untung je la. Tak semua tapi kebanyakkannya macam tu yang kita jumpa kan. Sabar je la. Disebabkan faktor barang naik harga, ini jugalah jadinya.
Rezeki Fiza lah dapat merasa pau cendawan kemek dan boleh diberi nama pau ayam je. Lokasi kat mana pun dah lupa sebab sekadar singgah nak beli je. Jadi fobia pulak nak rasa pau cendawan lepas ni. Takut terkena tipu lagi =__='
Salam perkenalan.. blogwalking, done follow blog ini dan klik iklan menarik di sini. :)
ReplyDeleteaduhai, kalo kena lg ngn ibu mgandung mgidam nak makan pau viral ni cmna agak ny.. kesian tau bliruy d buat nya tp bila dpt rasa hampa. Indah khbr dr rupa.. even bukan smua pniaga xmcm ni tp smemang ny akan effect pniaga lain kita pun rasa takut2 nak bli lg.. huhu
ReplyDeletepayah nak cari peniaga yang jenis xberkira dalam bab memberi ni,maksudnya kualiti pada makanan tu,kalau harga je mahal,tapi kualiti makanan zero,baik takyah niaga..
ReplyDelete