Rupa Sebenar Nasi Goreng USA
Dan bila hujan bila tengok gambar makanan terus jadi lapar kan. Padahal baru je lunch. Dah kenapa nak tahu sangat tentang rupa sebenar Nasi Goreng USA ni? Bukan ape, kadang-kadang keliru dengan identiti Nasi Goreng USA ni.
Dulu, ingatkan nasi goreng USA datang dari USA. Tapi tak! Salah sama sekali ye. Kalau tak silap, Fiza pernah terbaca yang nasi goreng USA ni adalah singkatan daripada Udang, Sotong dan Ayam (USA). Untuk kepastian tu, Fiza pun baca kat wikipedia. Ye, memang betul fakta tu.
Nasi goreng USA ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung-warung dan restoran Melayu yang menjual secara à la carte. Nasi goreng ayam adalah salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia.
Nasi goreng USA singkatan kepada Nasi goreng udang, sotong dan ayam. Penggunaan "USA" adalah merujuk kepada bahan yang digunakan iaitu udang, sotong dan ayam. Walaupun penggunaan USA, makanan ini tidak mempunyai asal usul dari negara USA.
Walau bagaimanapun, ramai tukang masak yang menyalah tafsir USA itu sehingga memperkenalkan nasi goreng tersendiri iaitu nasi goreng, sedikit lauk (sama ada ayam, atau daging) dengan telur goreng.-Kredit :wikipedia
Okay, dah faham dah kan kenapa namanya Nasi goreng USA. Nasi goreng USA ni favourite encik suami. Kalau pergi makan kat kedai mesti order nasi goreng USA je. Setakat yang Fiza nampak, nasi goreng USA yang di order berlaukkan daging merah je.
Tak pernah lagi jumpa lauk udang, sotong dan ayam tu. Betullah seperti yang dikatakan tu, ramai tukang masak memasak ikut cara sendiri je yang kebiasaannya Fiza nampak lauk daging merah je. Padahal encik suami bukan penggemar daging pun tapi kalau lauk daging merah nasi goreng USA ni kemain suka lagi. Sedap katanya! Mungkin sebab daging dipotong nipis dan lembut tu. Kalau dapat daging yang lembut lah. Kalau dapat daging yang liat ada berlemak tu memang boleh putus selera makan. Nampaknya kalau nak makan nasi goreng USA yang ada udang, sotong dan ayam tu kena masak sendiri lah kot baru jumpa. Kann...
Ju ingtkn nasi goreng dari western Amerika konon ny wahahha. Bru tau tu singkatan utk udg/sotong/aym adoiii
ReplyDeletenasi goreng USA buka putih ke sis:)
ReplyDeleteselalu main order je..tak tau pulak nama sebenonya tu..hahaha..tapi kenapa takde sotong..adeh,,,ngelat
ReplyDeleteSetakat ni kalau beli nasi goreng USA mesti dapat daging merah dgn telur mata.
ReplyDeleteTak pernah dapat lagi yg udang, sotong dengan ayam. suka hati diorang je ubah resipi haha.