Bersantai di Pantai Klebang, Melaka
Datang ke Melaka sebab menghantar anak buah daftar UiTM Bandaraya Melaka sambung ijazah. Alang-alang dah sampai Melaka tu, tak kan nak datang saja-saja je kan. Haruslah kena jalan-jalan di tempat-tempat menarik di Melaka ni.
Mulanya bercadang nak ke Pantai Puteri tapi tersinggah pula di Pantai Klebang, Melaka. Masa sampai sini dalam waktu tengahari. Cuaca memang panas terik dan tak rasa pun pantai tempat yang sesuai untuk di singgah pada waktu panas terik ni.
Sepanjang melalui pantai Klebang, ramai pula yang duduk bersantai di tepi Pantai Klebang. Tak panas ke agaknya ye?
Nampak macam meriah je, macam menarik je terus berhenti singgah dan keluar menikmati angin pantai. Cuaca je panas tapi bila angin bertiup tak rasa panas pun. Tak hairanlah ramai keluarga datang bawa anak-anak berkelah di sini walaupun cuaca tengah panas ni. Biasanya dah petang-petang baru ramai yang datang.
Selain aktiviti berkelah, anak-anak boleh bersuka ria main layang-layang di sini. Seronok pula tengok budak-budak kecil main layang-layang sampai tak kisah dengan cuaca panas.
Sepanjang pantai ni ada macam-macam gerai jualan makanan, minuman dan permainan. Masa saya sampai, tak banyak lagi kedai buka. Mungkin dah petang nanti baru lagi meriah kedai buka. Kalau korang tak bawa tikar berkelah tu, boleh je duduk bersantai di tepi tembok ni. Tempat parking kereta pun banyak.
Aktiviti wajib kalau dah sampai di Pantai Klebang Melaka ni wajib ambil gambar sebab permandangan kat sini sangat cantik. Walaupun panas terik, sanggup je tahan semata-mata untuk ambil gambar.
Tengok tu permandangan laut yang sangat cantik. Disebabkan cuaca panas, setakat di pantai je mampu nak pergi. Nak pergi main air laut, jangan haraplah.
Disebabkan ada Pokok Rhu ni lah Pantai Klebang ni jadi lebih cantik, menarik dan dijadikan tempat untuk berteduh. Kalau tak, memang panas tepi pantai ni. Jadi, kalau dah tersinggah ke Melaka tu boleh bersantai di Pantai Klebang sebelum balik.
Percuma je pun tapi pastikan sediakan duit juga sebab sepanjang pantai ni banyak gerai jualan. Tak kan nak tengok je kan. Sekurang-kurangnya pekena coconut shake Pantai Klebang satu. Lagi-lagi datang masa cuaca tengah panas.
Sejukkan tekak dengan coconut shake mesti nyaman rasa. Nak datang sini google waze je senang.
Selamat bersantai!
Pernah jugak pergi sana. tapi tak sempat nak bergambar sebab dah lewat. Pegi pekena char kuey teow dgn coconut shake kat sana je. Hehe
ردحذفCoconut shake tu wajib cuba kan :)
حذفHappy Holiday sis! :)
ردحذفTerima kasih..dah balik bercuti dah :) daytrip je
حذفPantai Klebang cantik cuma panas sangat! Hii. Tengok sunset kat sini cantik 😍
ردحذفada tempat teduh kurang panasnya. tapi tak sempat la kali ni nak tengok sunset. next time maybe :)
حذفtempat lepak akak bila balik melaka..pegi malam lagi best..hehe
ردحذف~ Kisahsidairy~
wahh bestnya..malam ada ape je kak? nanti boleh lepak malam kalau singgah lagi :)
حذفbest ar pi santai2 di pantai
ردحذفlagi best kalau boleh bersantai hari hari :)
حذفselalu ke sini waktu mlm je, fiza.
ردحذفaida x pernah gi time siang, panas !
tak sempat nak pergi waktu malam kak..waktu siang je sempat pergi..hehe..takpe, next time kalau ada rezeki datang sini waktu malam pulak :)
حذفye, sekadar singgah pun seronok juga menikmati permandangan cantik tepi pantai
ردحذفSeronok kalau pergi sini petang petang :)
ردحذفsukanya busyra p pantai.. tapi busyra belum smpai ke klebang lg.. hehe
ردحذفmenarik tempat nie
ردحذفcntk, ssuai juga utk photoshoot kan =D
ردحذفokayyy esok nak pergi melaka. rinduuu melaka.. hehehe
ردحذفJOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan