Hello March
Hai! Selamat malam semua. Sunyi sepi kejap blog tak berupdate selama dua hari ni. Macam biasalah bila bercuti lama dan bila berjalan jauh perlukan rehat yang secukupnya. Mana tak penat nya perjalanan dari Seremban-Perlis-Seremban-Segamat-Kuala Pilah-Seremban barulah ada masa nak rehat.
Sedar tak sedar dah berakhir 28 hari bulan February. Hello March! Awal bulan dikhabarkan minyak petrol dan diesel naik lagi 5 sen seliter. Fuhh...semakin jauh perjalanan setiap bulan, semakin mencabar rasanya hidup kalau setiap benda nak naik harga. Kan? Walaupun naik sekadar 5 sen tapi kalau berliter-liter masuk tanki minyak, terasa juga banyak nak membayarnya.
Misi bulan March ni bercadang untuk mengurangkan kilogram dan lemak tepu dalam badan ni. Nak lebih sihat dan dapatkan BMI (Body Mass Index) yang sepatutnya. Harap-harap berjaya dan ada jiwa kental nak menghadapi semua godaan-godaan makanan yang terhindang. Lagi-lagi di laman sosial. Cukuplah dah beri peluang lama pada lemak-lemak untuk menginap dalam badan ni. Sudah masanya untuk menyahkan segala lemak degil. Wish me luck!
Bulan March ni berharap juga dapat hiking mana-mana bukit atau gunung sebab dah lama tinggal aktiviti hiking. Dah sebulan lebih kot. Takut nanti bila nak mula semula, kaki jadi tak kuat. Macam teringin nak panjat Bukit Broga sebab katanya dah ada jalan baru dan lebih mencabar. Fiza memang suka bab-bab mencabar diri sendiri ni. Bila sakit bukan reti nak serik. That's me!
Hujung minggu ni kenduri majlis kahwin sebelah lelaki (adik ipar) di Kuala Pilah pula. Semoga majlis berjalan dengan lancar dan moganya cuaca baik-baik je nanti. Risau juga sekarang musim hujan tak menentu.
Hujung bulan March pula cuti sekolah selama seminggu. Dah plan ke nak bercuti ke mana? Kalau belum, dah boleh plan dari sekarang. Tak tahu nak bercuti ke mana? Jom jelajah tempat-tempat menarik di Malaysia. Selamat bercuti semua!
Hujung minggu ni kenduri majlis kahwin sebelah lelaki (adik ipar) di Kuala Pilah pula. Semoga majlis berjalan dengan lancar dan moganya cuaca baik-baik je nanti. Risau juga sekarang musim hujan tak menentu.
Hujung bulan March pula cuti sekolah selama seminggu. Dah plan ke nak bercuti ke mana? Kalau belum, dah boleh plan dari sekarang. Tak tahu nak bercuti ke mana? Jom jelajah tempat-tempat menarik di Malaysia. Selamat bercuti semua!
4 March 2017 - Hari Ulangtahun Pertabalan Sultan Terengganu
23 March 2017 - Hari Keputeraan Sultan johor
18-26 March 2017 - Cuti Sekolah
23 March 2017 - Hari Keputeraan Sultan johor
18-26 March 2017 - Cuti Sekolah
Semoga hari-hari yang mendatang dalam bulan March ni baik-baik je. Aaminn...
Gud luck awak... inshallah awak pasti dpt buat semua tu. Jangan layan dgn godaan makanan. Fight back, psti blh..hehehe kalo ikut saya pun nak juga try hiking tapi masa x mengizinkan buat masa ni ..huhuhu
ReplyDeleteTerima kasih.semoga usaha berhasil hendaknya. Aaminn..
DeleteHarap awak pun dapat hiking juga akan datang :)
sekejap je dah bulan 3
ReplyDeletegood luck fiza.. moga azam march tercapai..
ReplyDeletemarch yang ditunggu..yeayy
ReplyDeletewah bestnya... boleh kurus ni
ReplyDeleteassalammualaikum sis.. baru sempat mlawat ke sni =D
ReplyDeleteinsyallah semoga di permudahkn planning bulan Mac ni.. amin ya rabb =)
Ju xbyk plan, plan utk family dalam 2 mggu lagi, celebrate anniversary dgn birhday hbby je. yg lain xtau lagi =)