Makanan yang terbaik untuk kuatkan tulang
Selamat berhujung minggu semua. Hari ni aktiviti utama pergi ke jemputan kahwin kawan encik suami. Dalam cabaran kurus Fiza terpaksalah cheat day untuk hari ni. Sesekali takpe kan langgar pantang. Nak kurus ni bukan senang ye. Yang penting jiwa kena kental dan disiplin bab makan perlu di jaga juga. Selain elakkan makan makanan berminyak, manis dan kurangkan pengambilan garam. Kita perlu juga kuatkan tulang kita.
Makanan yang terbaik untuk kuatkan tulang adalah sayur sayuran dan kekacang. Untuk mereka yang kurang suka sayur lebih baik mulai sekarang mula suka dan jatuh cinta dengan sayur. Ada sesetengah makanan yang bagus untuk kuatkan tulang kita seperti brokoli, bayam, sawi bok choy, kale, mustard greens, sesame seeds dan kacang almonds.
Makan sayur dan kekacang ni alternatif untuk mereka yang tak minum susu untuk kuatkan tulang tu. Kalau jenis tak minum susu dan tak makan sayur atau kacang tak tahulah nak kata apa lagi. Kadang-kadang untuk jadi lebih sihat terpaksa melatih diri untuk suka dengan apa yang kita tak suka. Betul tak? Beauty is pain. Tapi bila dah nampak hasilnya mesti korang akan terus amalkan gaya hidup yang sihat dengan betul.
Semua sayur dan kekacang ni Fiza suka makan sebab Fiza sejenis manusia suka sayur. Kalau boleh lepas masak sayur terus nak makan sayur je. Makan tanpa nasi pun boleh. Boleh kenyang cepat dan encik suami pun suka kalau Fiza masak sayur lebih. Lepas ni kena selalu beli sayur dan kekacang. Tapi almonds tu sekali sekala je boleh sebab harganya agak mahal juga. Apapun untuk pengambilan makanan yang sihat, kita perlu rancang membeli bahan-bahan suapaya boleh makan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kalau terlebih makan takut lain pula kesannya nanti.
Memandangkan harga barang pun makin naik, Jadi kita makanlah makanan yang sayur sayuran lebih sebab lebih murah dan lebih sihat. Untuk mereka nak kurus dan fit, Jom kita bakar kalori dengan pelbagai cabaran terutamanya pengambilan makanan seimbang yang betul.
Credit : Fanpage Kevin Zahari
yang 4 atas pena makan.yg 4 bawah mcm tak pernah..hehe
ReplyDeletebrokoli tu sedap kak..hehe
ReplyDeleteNice sharing... Sy suka semua jenis.di atas...
ReplyDeleteDulu tak berapa makan sangat sayur..sekarang baru berjinak2 makan sayur untuk setiap hidangan..hehe..walaupun dalam kuantiti yg sikit..^^
ReplyDeleteactually sayur mmg bagus utk kesihatan kan Fiza... tapi tak tau lah kenapa setengah2 org tak berminat mkn sayur..esp. kids..
ReplyDeleteyup mmg sntiasa follow IG Kevin.. macam2 info kesihatan dan kecergasan ;)
ReplyDeletehehe. thanks for sharing. lately aisyah rasa tulang macam nak tercabut. haha. tired. but lepas ni kena makan manyak sayur mehh
ReplyDeletenasib baik jenis yang suka makan sayur. yeayy broccoli favourite saya!
ReplyDeletedlm byk2 tuu. almond yg paling nina suka :)
ReplyDeleteAti2 dlm pjalanna dan selamat bhujung mggu =D
ReplyDeleteSetuju dengan kata awak. Mesti latih makan dengan benda yg kita tak suka. Dulu tak suka makan, skg da favourite terutama kekacang sambal sayur ma sayur sawi..
ReplyDeleteSetuju dengan kata awak. Mesti latih makan dengan benda yg kita tak suka. Dulu tak suka makan, skg da favourite terutama kekacang sambal sayur ma sayur sawi..
ReplyDeletehuish, mujur uyul suka minum susu. sayur pun suka makan. harap tulang kuat sampai bila bila.
ReplyDeleteJOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan