Mendaki Bukit Broga Di Laluan Baru
Walaupun dah berkali-kali mendaki Bukit Broga, apa yang buat saya teruja sangat nak mendaki kali ni sebab nak ikut laluan baru yang lagi tough katanya.
Untuk trip mendaki ke Bukit Broga ni saya pergi berdua je dengan encik suami. Seperti yang telah dirancang, kami pergi hari Ahad lepas. Malam Sabtu tu hujan lebat sangat-sangat.
Kalau hujan sampai ke pagi memang tak dapatlah kami nak mendaki. Alhamdulillah pagi tu cuaca okay je walaupun mendung sikit. Risau juga kalau hujan.
Dari rumah gerak jam 7.00 lebih dan sampai Broga lebih kurang pukul 8.00 lebih. Sampai-sampai je dah penuh dengan kereta. Terpaksalah parkir di tepi jalan luar. Kalau parkir dalam, bayaran RM3.00 akan dikenakan. Parkir tepi jalan percuma je.
Kami terus berjalan santai mendaki pada trail permulaan. Trail biasa-biasa je.
Lepas tu akan jumpa pintu gerbang ni. Di sini ada gerai-gerai jualan minuman dan makanan. Paling tempting dengan air kelapa. Hujung minggu agak meriah sikit ramai orang. Lagi ramai lagi seronok mendaki kan.
Di sini ada dua jalan. Sebelah kiri, yang ada meja (kat board tu ada tulis ketua Kampung Broga) dan khemah kuning tu adalah jalan lama dan terus sampai ke puncak pertama Bukit Broga. Kalau nak ikut jalan lama ni, tol sebanyak RM1.00 akan dikenakan.
Dah masuk laluan akan melalui laluan turun naik dalam ladang pokok getah. Trail yang agak best juga berbanding laluan lama. Menduga kekuatan kaki jugalah.
Lebih kurang setengah jam mendaki laluan hutan, hampir sampai ke laluan yang lebih mencabar. Semua gambar trail saya ambil masa nak turun. Sebab masa naik terus daki je malas nak bergambar.
Nak melalui trail ni bukan mudah. Banyak kali juga saya berhenti. Penat disebabkan cuaca agak panas dalam pukul 9 pagi macam tu tapi macam dah tengahari.
Lebih kurang dalam setengah jam mendaki laluan lereng bukit yang agak licin ni, akhirnya sampai juga di Puncak kedua Bukit Broga. Dah sampai puncak of courselah nak rehat-rehat dulu. Sambil berehat barulah minum air dan makan coklat. Lepas hilang penat barulah ada feeling nak ambil gambar.
Rehat tak lama pun sebab cuaca pun panas. Kat puncak bukan ada pokok besar nak berlindung dari panas. Setakat lalang-lalang cantik trademark Bukit Broga je ada.
Sangat rugi kalau tak ambil gambar-gambar kat puncak Bukit Broga ni sebab permandangan sangatlah cantik. Lagipun dah berpenat lelah mendaki kan, haruslah kena ambil gambar kenangan tandanya dah berjaya sampai ke puncak.
Saya dah naik Bukit Broga ni kali kelima tapi inilah baru pertama kali sampai ke puncak kedua. Sebelum ni, puncak pertama je mampu. Puncak berikutnya tak pasti bila akan sampai.
Yang lelaki semua seronok berlari masa turun, saya yang naik risau. Disebabkan tanah masih licin, ramai yang tergelincir jatuh walaupun menggunakan tali. Kena hati-hati sangat bila mendaki waktu licin. Cuaca panas pun tak sempat keringkan tanah.
Tak sampai sejam dah sampai bawah. Laluan baru ni macam lagi dekat je saya rasa tapi agak mencabar naik turun tu. Tapi kalau korang pendaki tegar confirm tak sampai setengah jam dah sampai puncak.
Pendaki biasa macam saya ni just nak warm up kaki yang lama tak mendaki ni. Berpeluh jugalah. Alhamdulillah kali ni tak sakit kaki cumanya petang lepas berehat semua tu, saya demam panas 2 hari.
Mendapatlah mendaki dalam cuaca yang panas. Terpaksalah blog bercuti tanpa update. Kerja pun banyak tertangguh. Tapi takpe, yang penting lepas hajat nak mendaki Bukit Broga di laluan baru.
Wahhh.... bestnye.. LeYa belum berkesempatan lagi nak mendaki Bukit Broga.. ni nak ajak En Otomen cepat2 ni
ReplyDeletelama dah x pergi
ReplyDeleteBestnya...tak pernah daki lagi bukit broga ni...
ReplyDeleteBest nya jadikan aktiviti hiking sbg cara luangkan masa bsama dan salah satu alternatif mgeluarkan peluh juga. =D
ReplyDeletebest nya...
ReplyDelete