Menu Diet : Ikan Masak Singgang Paling Senang dan Cepat
Hai, tengah diet ke tu? Bila tengah diet ni, pening tak tahu nak masak lauk apa untuk diet. Kan? Tak payah pening-pening. Boleh buat ikan masak singgang paling senang dan cepat. Ikan masak singgang Johor style cara mak saya.
Ikan singgang bukan hanya sesuai untuk mereka yang berdiet. Sesuai juga untuk menu orang berpantang atau sakit. Suka makan lauk ikan singgang? Boleh cuba resipi ikan singgang kuning yang mudah dan cepat siap.
Tak suka ikan singgang kuning? Boleh je buat ikan masak singgang putih. Tak perlu tambah kunyit.
Cara masak ikan masak singgang ni ada pelbagai cara dan pelbagai versi. Ikut saya, saya suka versi mudah-mudah je. Nak senangkan kerja masak dan cepat masak. Saya masak untuk hidangan 2 orang. Jika lebih ramai, boleh tambah jumlah ikan ikut suka.
Resipi ikan singgang mudah dan sedap
Bahan-bahan
2 ekor Ikan kembung/selar
2 biji bawang merah rose atau 1/2 biji Bawang besar
2 ulas Bawang Putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 batang serai
1 keping asam keping
Air
Bahan-bahan di atas saya potong/hiris dan serai ketuk-ketuk je. Nak pedas sikit letak cili besar.
2. Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan yang telah dipotong dan serai yang telah diketuk tadi.
3. Kemudian masukkan ikan yang dah siap dibasuh dan tunggu je sampai masak. Biasanya ikan masak singgang ni sekejap je dah masak.
*untuk menu diet tak perlu letak garam. Tapi kalau tak biasa, letak garam sikit dah memadai.
Cara masak ikan masak singgang
1. Didihkan air secukupnya dalam periuk. Kalau nak kuah lebih letak air lebih.2. Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan yang telah dipotong dan serai yang telah diketuk tadi.
3. Kemudian masukkan ikan yang dah siap dibasuh dan tunggu je sampai masak. Biasanya ikan masak singgang ni sekejap je dah masak.
*untuk menu diet tak perlu letak garam. Tapi kalau tak biasa, letak garam sikit dah memadai.
Senang ya amat nak masak ikan masak singgang ni. Tak perlu nak menumis bagai. Tak perlu nak tunggu lama dan paling suka sebab cepat masak. Sedap pun sedap. Lagi-lagi menghirup kuah singgang. Boleh kenyang cepat.
Menu ikan masak singgang memang popular dalam menu diet. Kena dengan citarasa tekak orang melayu. Masakan rebus tanpa minyak memang sesuai untuk mereka yang berdiet. Jadi, kalau sedang berdiet tu, boleh masak ikan masak singgang kalau takde idea.
Menu ikan masak singgang memang popular dalam menu diet. Kena dengan citarasa tekak orang melayu. Masakan rebus tanpa minyak memang sesuai untuk mereka yang berdiet. Jadi, kalau sedang berdiet tu, boleh masak ikan masak singgang kalau takde idea.
ini memang menu diet yang paling berkesan..ambiklah dalam seminggu confrm turun berat
ردحذفbetul. kena masak tanpa garam :)
حذفkalau kitorang tak jadi menu diet sebab makan nasi bertambah2 kalau kena lauk singgang ni..hihihi
ردحذفkann..sedap makan panas-panas menghirup kuah tu
حذفHadoiii.. sedapnyee.. feberet ni.. seb bek dah pekene semalam kat kantin.. hehe
ردحذفHehe..senang je masak. bila² boleh makan
حذفmak ccl selalu ajar resepi ni .. resepi yang cukup simple & bagus untuk kesihatan ..
ردحذفYe, sangat simple :)
حذفkena dengan sambal belacan ni pun sedap ni
ردحذف~ Kisahsidairy~
pun sedap kak
حذفikan singgang ni makanan kegemaran mat dan kan kalau aku ndak silap..:P..
ردحذفhehe..tak tahu pulak kita wak
حذفSedap ni. Peberet Ruby. Huu makan bertambah tak sedar. Heee
ردحذف#kuatmakan
ratah je pun sedap juga kan
حذفSy masak x letak halia,tp letak lengkuas...
ردحذفPun boleh. Ikut selera masing masing :)
حذفMenu mudah sesuai utk ramadan
ردحذفBetul. Bukan bulan Ramadan pun boleh dijadikan menu diet :)
حذفsedapnya lauk singgah ni... memang terliur je sambil makan nasi panas-panas dan lembik sikit... hehehe.... makan dengan ikan goreng kunyit pun nikmat....tak puas makan...
ردحذفLauk singgang memang sedap dimakan panas panas :)
حذفSaya sukaaa lauk ni.. hihi... Dietnor x diet.. boleh bertambah dibuatnyaaa
ردحذفTahu takpe. Tapi kalau diet pun no hal lah kot kan.
حذفLama dah tak masak menu ni.
ردحذفSedap ni, lagi2 kalau ada sambal belacan.
Memang tak jd diet.. makin bertambah2 mkn.
Hahaha.. Diet mulai esok katanya :)
حذفOkay nak try resepi Kak Fizah. Uyul masak tuari tak jadi.
ردحذفSilakan cuba..campak campak siap je ni Uyul
حذفMemang sedap makan. Ulang-ulang makan tanpa sedar.
ردحذفBetul kak. Tak makan nasi pun takpe. Hirup kuah panas panas dan ratah ikan je.
حذفrasa segar dan berkhasiat singgang ni, mesti hirupp sedapp
ردحذفSangatttt...Rasa puas bila dapat hirup kuah dia panas panas, rasa kunyit, pedas pedas sikit, masam sikit.
حذفSuka sangat! selalu kena gelak dengan anak sebab menghirup kuah sampai terangkat pinggan.
ردحذفHeheh..pelik tengok agaknya tu :)
حذف