Percutian Menarik di Ratu Rening Residency


Pertengahan bulan March nanti cuti sekolah bakal bermula dari 18 Mac sehingga 26 Mac selama seminggu. Dah planning ke nak bercuti ke mana? Kalau belum, apakata bercuti di Ratu Rening Residency, Kg Hulu Rening, Batang Kali, Selangor. Tempat ni sangat menarik dan merupakan private estate bukan resort ataupun homestay.

Untuk menginap di sini perlu booking awal sebab kalau korang datang terus walk in tidak dibenarkan masuk suka-suka. Boleh muat sehingga 10 orang dan di katakan harga untuk satu malam adalah RM2500. Kira-kira RM250 untuk seorang. Kalau nak rasa percutian mewah yang menarik, dah boleh mula menabung kumpul duit bercuti di sini bersama keluarga ataupun kawan-kawan.

Seriously tempat ni sangat menarik. Sekali pandang dah buat jatuh hati nak bercuti di sini. Itupun kalau korang sejenis yang sukakan alam semulajadi. Ada orang tak suka bercuti dalam suasana macam ni. Sesekali ambil angin segar alam semulajadi mesti rasa tenang sangat jauh dari hiruk pikuk suasana bandar yang bising. Kat sini dapatlah dengar bunyi-bunyian macam dalam hutan atau kampung gitu. Tentu seronok!


Fiza sukakan platform yang macam ni. Boleh bersantai sambil bersembang menikmati permandangan yang indah ni.


Buat pengetahuan korang, kat sini makanan tidak disediakan. Mungkin korang boleh menggunakan peralatan dapur yang ada untuk memasak dan menyediakan makanan. 


Suasana bilik tidur pun cantik. Dah rasa macam rumah sendiri pula. Cantiknya design dan warna memainkan peranan. Kalau bercuti berdua untuk honeymoon pun sangat-sangat best. Tapi nampak sunyi sangat memandangkan kawasan kediaman yang cukup luas ni. Kalau dah sampai sini, haruslah tak payah pergi tempat lain dah. Kena memanfaatkan masa sepenuhnya melakukan pelbagai aktiviti yang boleh di lakukan di sini. Macam rugi kalau bayar mahal-mahal hanya untuk bermalam je. Lebih baik gunakan sepenuh masa di sini je. Betul tak? Tempat pun cantik, unik dan sangat-sangat menarik.

Untuk gambar lain, korang boleh terjah fanpage ni untuk maklumat lanjut. Fiza sekadar berkongsi tempat menarik untuk bercuti. 

Kredit imej dan maklumat : Ratu Rening Residency

5 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.