Permulaan Cabaran Kurus dan Sihat
Sejak jadi gemuk ni, setiap tahun simpan azam untuk kurus. Berazamlah kononnya tapi hangat-hangat tahi ayam je. Usaha kejap, tak nampak hasil lepas tu mengalah macam tu je. Dah beli yoga mat kononnya nak work out di rumah je. Seminggu je bertahan buat work out, hari berikutnya gagal disebabkan sibuk sangat dengan kerja. Terus yoga mat dilupakan.
Nak rajin hiking setiap minggu pun macam tak kesampaian sebab encik suami pun sibuk dengan kerja. Jadi, usaha seterusnya adalah jaga pemakanan. Permulaan cabaran kurus dan sihat Fiza bersama encik Suami bermula semalam. Kamiorang nekad nak buat betul-betul untuk menyahut cabaran kurus berpandukan panduan menu diet yang betul atas cadangan seseorang. Dah ada panduan yang betul, mudahlah sikit perjalanan cabaran kurus kamiorang.
Sebelum Cabaran Kurus
Sebelum korang bertindak menyahut cabaran kurus ni, korang kena nekad dan betul-betul berazam nak kurus dan sihat. Perlu rancang bila nak bermula dan sediakan bahan-bahan masakan selama seminggu mengikut menu yang ditetapkan. Jangan lupa ambil gambar dan timbang berat badan asal. Lepas dah kurus nanti bolehlah buat perbandingan dulu dan sekarang. Tengok sendiri perubahannya macamana.
Cabaran Utama
Nak hilangkan beberapa kilogram punyalah susah. Nak tambah kilogram senang je. Paling mencabar untuk kurus ni kena tinggalkan menu yang bergaram, berminyak dan bergula. Bayangkan kopi tanpa gula atau susu dan makanan tanpa garam. Kena lalui semua tu. Pantang sekali 3 bahan tu ada dalam menu untuk diet. Kalau langgar pantang, korang sendiri menyesal sebab bukan mudah nak melalui cabaran kurus ni terutamanya godaan makanan. Tapi sesekali boleh je 'cheat day'. Lepas tu bakar kalori habis-habisan. Mesti korang yang pernah diet selalu buat macam ni kan. Memandangkan Fiza dan suami takde masa yang terlalu banyak untuk habiskan masa work out. Jadi kami memilih untuk makan makanan yang seimbang setiap hari. Jadi, ada masa work out tu bolehlah bakar kalori sikit.
"Ingat! Senaman hebat tanpa diet = no weight lossDiet yang baik tanpa senaman boleh kurangkan berat badan -Kevin Zahari "
Hari Pertama Cabaran Kurus
Bila dah pilih cara macam tu, untuk hari pertama sangat-sangat excited nak sediakan menu dan buat mengikut perancangan. Fiza pastikan minum air secukupnya, purata dalam 2-3 liter sehari. Memang asyik minum dan ke toilet je la jawabnya. So far setakat lepas lunch takde masalah. Cuma masa panjang lepas lunch dan waktu makan malam sangat lama. Jadi macam lapar. Minum petang pun hanya kekacang setakat 2 jari je macam tu. Memang agak mencabar di hari pertama tanpa menu bergula dan bergaram. Rasa macam berpuasa je. Biasalah tu kan, perubahan bertukar menu dari yang biasa. Memang kurang biasa tapi lepas ni memang kena biasa-biasakan. Barulah mencabar namanya.
Hari Kedua
Alhamdulillah, hari kedua macam dah boleh masuk dengan perubahan menu yang baru. Mungkin dalam masa seminggu ni agak lemah tapi harus diteruskan juga. Fighting!
Cabaran Seterusnya
Buat masa ni Fiza akan teruskan cabaran untuk kurus selama 21 hari mengikut panduan makanan yang dirancang selama 21 hari. Tak sabar nak tunggu result selepas 21 hari yang mendatang. Harap-harap berhasil hendaknya. Kalau tak, kena tambahkan usahakan senaman secukupnya. Nak tahu menu Fiza setiap hari boleh tengok di instagram fiza atau search #diarikurusfiza
Teruskan usaha untuk kurus..dont give up ya
ReplyDeleteKuatkan azam.
ReplyDeleteJangan hangat2 tahi ayam.
Mudah2an berjaya.
chayok2 fizah. kita smua berimpian. walau apa pun cara smoga terus istiqamah dan sabar. Insya Allah ;)
ReplyDeletego fiza go..:)
ReplyDeleteAlamak.. lauk ikan singgang tu sodapnyeeee... Adeh.. Rini kecewa x dpt mkn singgang.. huhuhu..
ReplyDeleteUyul dalam proses diet seimbang dan paling penting workout tak boleh tinggal. sehari mesti kena curi msaa malam utk workout.
ReplyDeleteJOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Insyallah, mmg akan ada perubahan kalo stick dengan jadual 21 hari yang telah di buat tu. selamat bdiet =)
ReplyDeletegood lcuk fiza..
ReplyDeleteIn sha Allah boleh tu..sama-samalah kita nak kurus
ReplyDeleteJanjiKita
wow...terpegun tengok nasi sejemput tu...
ReplyDeletemacam zati dah.sekarang dia dah tak join makan2.kalau join pun memilih makanannya.tiap2 malam pergi gym hahaha :D
ReplyDelete