Sebagai seorang perempuan yang bertudung, inner cap menjadi salah satu faktor keselesaan memakai tudung. Inner cap atau dalam bahasa kampungnya 'serkup kepala'. Zaman dulu, serkup kepala jenis macam berkait, warna yang ada pun hitam dan putih je ada. Sekarang ni dah ada bermacam-macam revolusi serkup kepala. Ada yang serkup belakang terbuka, ada yang terbuka sikit dan yang paling Fiza sarankan yang bertutup berjahit sepenuhnya pada bahagian belakang macam SAFA inner cap ni.
Fiza memang suka pakai yang jenis bertutup berjahit penuh pada belakang inner. Jadi, takde masalah rambut terkeluar. Kalau pakai jenis inner terbuka pada bahagian belakang tu, masih tak selamat. Mungkin ada potensi untuk rambut terkeluar. Mana lah tahu kan, kita bukan perasan pada bahagian belakang kepala kita. Orang yang berada di belakang kita je nampak. Jadi, untuk mengelakkan rambut terkeluar tu, ada bagusnya kita sebagai perempuan yang bertudung menjaga aurat rambut ni lebih baik bertindak memakai serkup kepala yang bertutup sepenuhnya pada bahagian belakang.
Nak mencari inner cap yang sesuai dengan kepala kita ni agak susah. Kena fikirkan soal saiz, jenis kain dan yang penting keselesaan yang di cari. Sebelum ni Fiza beli jenis kain cotton, memang sedap pakai tapi tak sesedap pakai SAFA inner cap ni.
SAFA Inner Cap Lebih Selesa
Salah salah sebab kenapa rasa selesa pakai SAFA inner cap ni disebabkan jenis kain moss crepe yang sangat selesa di pakai dan sangat elok di pakai dengan sebarang shawl atau tudung bawal. Kain jenis moss crepe tidak nipis dan tidak tebal, sedang elok je orang kata. Sejuk dan cepat kering bila dibasuh. Bukan jenis kain licin yang bergerak-gerak bila makan atau bercakap. Yang paling best takde isu sakit telinga atau pekak.
Jahitan Yang Kemas
Setelah dibelek-belek jahitan luar dan dalam inner cap ni sangat kemas dan berkualiti. Boleh pakai lama ni sebab takde potensi jahitan nak terbuka. Sangat-sangat puas hati. Lagipun belum ada dalam pasaran lagi inner cap jenis kain moss crepe ni.
Terdapat Pelbagai Jenis Warna
Memandangkan trend zaman sekarang ni bertudung nampak inner cap, jadi pada mereka yang suka jenis pakai shawl nampak inner tudung ni boleh pilih pelbagai jenis warna inner cap yang ada. Mesti korang rambang mata nak pilih warna apa. Setakat ni Fiza dah terbeli 4 warna pewter, cedar, navy blue dan black.
Nak tengok warna-warna lain, korang jangan lupa singgah di
instagram :
@ssaf_design
wow memudahkan utk berhijab
ReplyDeletemacam best je kain inner cap ni kan..
ReplyDelete~ Kisahsidairy~
macam best jer inner ni..
ReplyDeleteSerkup kepala yer sis ..hehehe ... biasa CCL beli yg trbuka je bhgian belakang tu.payah nak cri yg tertutup...CCL nak terjah insta serkup kepala ni
ReplyDeletesedap pakai kalo kain jenis ni...x panas dan x berkedut...hihi
ReplyDeletemacam cantikkk jekk. macam nak beliiii jekk.
ReplyDeleteJOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
ju pun pakai jenis ni, mmg slesa =)
ReplyDelete