Ayam Panggang Oven Vs Pemanggang Ajaib
Selamat pagi semua orang. Amboi puan Fiza oii..pagi-pagi dah tunjuk gambar makanan. Nak bagi orang terliur gamaknya. Kalau dah terliur silalah masak sendiri. Tak susah mana. Resepi pun Fiza dah kongsikan dalam blog ni. Cuma perlu ada usaha nak mencari dan rajin masak je. Kalau malas memang tak dapat apa.
Sejak terjebak dalam cabaran untuk kurus ni, Fiza memang rajin masak makanan dengan cara panggang/bakar. Lebih senang dan lebih sedap. Kalau rebus atau kukus rasanya agak bosan juga. Kalau guna kaedah panggang Fiza akan gunakan oven dan pemanggang ajaib. Nak tahu tak masak guna oven atau pemanggang ajaib lebih sedap? Nak tahu jawapannya, sila baca entri sampai habis.

Ayam Panggang Versi Oven
Panggang ayam menggunakan oven lebih memudahkan kerja. Hanya perlu set temperature dan masa untuk memasak. Bila dah masak mengikut masa yang ditetapkan, tandanya ayam dah masak. Kerja membersihkan oven pun tak susah mana. Tapi hasil ayam yang di panggang tu agak kering pada bahagian luar sampai kering hangus teruk walaupun dah diletakkan minyak zaitun dan bahagian kulit tidak dibuang untuk menghasilkan minyak supaya ayam tidak kering dan mengelakkan isi dalam hangus. Rasa isi so far lembut cuma perlu masak lama sikit untuk pastikan bahagian dalam betul-betul masak. Untuk bahagian peha ni Fiza gunakan suhu 250 dan masak selama 25 minit.
Ayam Panggang Versi Pemanggang Ajaib.
Lain sungguh rasa ayam panggang kalau guna pemanggang ajaib ni. Memang ajaib rasanya. Rasa ayam lagi lembut dan ternyata lebih sedap. Tak terlalu kering pada bahagian luar dan well cooked sampai ke bahagian dalam. Ambil masa lebih kurang dengan masak menggunakan oven. Cumanya yang leceh kena alert kalau dah masak sebab bukan macam oven dah siap je akan berbunyi. Lagi satu yang leceh bab mencuci pemanggang ajaib ni.
Kadang-kadang tu boleh jadi masalah juga nak buat pilihan ketika memasak. Nak guna oven atau pemanggang ajaib. Nak cepat atau nak lambat. Nak senang atau nak susah. Nak sedap atau tak sedap. Ingat senang kerja seorang surirumah ni. Nak memasak pun jadi boleh jadi masalah tau. Apapun mestilah pilih kaedah yang sedap. Tapi kalau tak cukup masa, pilih kaedah yang cepat dan senang.

akak pun lebih suka guna pemanggang ajaib...oven simpan tepi je
ReplyDeletekan..ajaib sedap rasanya :)
Deleteni yg nak carik pemanggang ajaib ni.
ReplyDeletecari jangan tak cari kak :)
Delete