Beriadah di Seremban 2 Hill Park
Rasanya dah terperam lama hasrat nak datang Seremban 2 Hill Park ni. Sebabnya untuk tengok replika Dinousaur je tu. Mungkin salah satu tarikan utama untuk pengunjung datang ke sini. Masuk pun percuma. Akhirnya semalam baru Fiza dapat jejak kaki di Seremban 2 Hill Park ni. Itupun kebetulan husband ada kat rumah awal.
Tapi petang semalam datang untuk aktiviti riadah santai je. Sahut cabaran 1000 langkah sehari kononnya. Sambil tu jogging lah sikit. Disebabkan pertama kali datang sini, guna waze je. Cari je S2 hill park. Confirm akan bawa kau orang terus sampai sini. Tapi tak boleh bawa naik kereta sampai atas walaupun ada jalan raya besar. Kena parking dekat dengan pondok pos pengawal. Kalau tak tahu, tanya je kat Pak Guard tu. Cuma kenderaan yang dibenarkan masuk je boleh.
Masa sampai tu lebih kurang pukul 5:++ petang. Hari biasa mungkin kurang ramai orang. Sesudah parking kami orang naik berjalan kaki melalui laluan jalan kaki naik ke bukit. Jenuh juga nak berjalan kaki naik ke Hill Park ni. Berkuah juga ketiak ni. Kalau kau orang fit confirm perkara biasa je naik bukit.
Selepas 10 minit berjalan santai tu sampailah Hill Park. Pada aras taman ni ada pelbagai permainan untuk kanak-kanak dan gazebo untuk berehat santai. Disini ada 3 zon iaitu zon permainan kanak-kanak, Zon Dinosaur dan Zon Belajar tentang pokok dan tumbuh-tumbuhan.
Permandangan kat atas ni pun menarik. Boleh tengok permandangan dari atas bukit dari tempat tinjau. Nampak kawasan perumahan je la sambil hirup udara segar waktu petang.
Jalan berlari sikit lepas tu rehat ambil gambar. Pertama kali datang sini agak jakun dan sakan nak ambil gambar. Perkara biasalah kan. Hill park ni besar dan track jogging pun memang luas, puas hati kalau berjogging ni. Satu round pun semput nak habiskan.
Paling teruja nak bergambar dengan budak-budak Dinosaur ni. Kalau kanak-kanak apatah lagi terujanya kan. Kalau datang Seremban, bolehlah bawa anak-anak beriadah kat sini.
Semua Dinosaur ni dalam pagar. Kalau tak berpagar, cepat punah ranah lah Dinosaur ni agaknya. Setakat ni semuanya masih dalam keadaan rupa yang elok.
Kalau datang sini pastikan ikut undang-undang yang telah ditetapkan. Sila jangan abaikan.
Demi untuk menjaga alam persekitaran, Haruslah S2 Hill Park ni Zon Bebas Asap Rokok. Jadi, jangan pandai-pandai nak hisap rokok si sini.
Fiza tak habis lagi explore Hill Park ni sebab 1 jam pun tak cukup nak explore. Kena datang awal lah lepas ni kalau datang lagi. Setakat ni sangat puas hati datang sini. Berbaloi! Bukan je seronok tapi dalam masa yang sama beriadah sekali. Jom ke S2 Hill Park! Masuk Percuma je pun.
wow syoknyaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletesmbil senam kaki, smbil tgk view cntik =)
ReplyDelete