Buat Rayuan BR1M 2017 di LHDN

Sebelum ni viral tentang BR1M 2017 tak dapat gara-gara ada SSM. Kononnya orang yang ada SSM dah kaya sebab buat bisnes. Orang ada-ada lah kononnya. Apa mereka fikir orang yang berbisnes ni semestinya banyak duit kah? Lainlah bisnes besar-besaran. Kebanyakkannya yang daftar SSM untuk berniaga mengikut undang-undang. Nanti kalau tak daftar SSM berniaga cara haram pula katanya. Lagipun daftar SSM untuk memberikan kepercayaan kepada pelanggan. Tapi bila jadi kes sebegini rasa macam tak adil pula sebab berniaga kecil-kecilan je untung tampung perbelanjaan hidup dengan kos yang makin bertambah.

Kemudian setelah ramai yang buat aduan, barulah mereka yang ada SSM dapat BR1M. Tak ketinggalan juga ada yang masih tak dapat. Macam kes Fiza, husband di sahkan sebagai pelajar jadi secara automatiknya akan menerima baucar buku. Padahal sebelum ni takde masalah pun sebab husband memang tak ambil baucar buku tu. Terima BR1M macam biasa. Dan disebabkan itu, takde lah Fiza buat permohonan.

Tapi tahun ni permohonan BR1M tak diluluskan atas sebab husband sepatutnya ambil baucar buku sedangkan sebelum ni memang tak pernah ambil. Alasan kedua kalau beri pada pasangan, pasangan di katakan ada SSM pula. Jadinya kena rujuk pada LHDN untuk kes macam Fiza ni. Maksudnya kena buat rayuan.

Rayuan BR1M 2017 dibuka bermula 3 April 2017 Sehingga 31 Mei 2017. Fiza pergi hari kedua semalam sebab Fiza yakin pasti yang hari pertama mesti ramai orang akan datang. Alhamdulillah masa pergi semalam tak ramai orang. Pergi di LHDN Seremban berdekatan Terminal One. Kaunter untuk BR1M pun banyak dibuka. Ramai pengadu datang dan bermacam masalah ada. Ada juga yang tak puas hati terus balik je tak cakap banyak. Tapi apa pun masalah staff layan baik je.

Diingatkan, sebelum pergi ke Pejabat LHDN Pastikan korang isi borang siap-siap dan bawa dokumen yang diperlukan. Sebab kalau korang pergi lenggang kangkung je sampai sana nanti dia orang nak mintak dokumen yang diperlukan tapi takde. Sia-sia je pergi kan. Esok kena datang balik. Makanya, korang boleh download borang secara online, print, isi borang dan sediakan juga dokumen yang perlu.  Klik pada link di bawah untuk download borang.


Beratur tak sampai 5 minit dah sampai giliran. Setelah husband cerita dengan staff yang bertugas tu, kes rujuk pada orang atasan. Penyelesaiannya, pasangan (isteri) kena buat permohonan baru. Katanya buat permohonan baru tahun depan. Tahun depan??? Memang tak setujulah kan. Sedangkan sepatutnya tahun ni dapat. Cerita punya cerita permohonan untuk tahun ni. Kena tunggu surat dan boleh check online. Tapi tempoh masa tu tak tahulah berapa lama nak menunggu. Harap-harap permohonan lulus dan dapat dalam masa yang sama dengan orang lain.

Dah kenapa salah tulis nama entah
Complicated sungguh BR1M tahun ni. Kalau dah husband di sahkan sebagai pelajar sepatutnya dah bagitau awal tak layak mohon. Kalau dari awal tahu, lebih Fiza yang buat permohonan tahun lepas. Disebabkan tahun-tahun sebelumnya tak pernah ada masalah pun. Tahun ni je pula macam-macam kes ada.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk website e-BR1M : https://ebr1m.hasil.gov.my/


4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.